Hubungan antara kepimpinan, prestasi kerja, kepuasan kerja dan niat meletakkan jawatan dalam kalangan kakitangan akademik politeknik di Malaysia

Syarifah Hanum Ali and Arsiah Bahron and Stephen Laison Sondoh Jr. (2018) Hubungan antara kepimpinan, prestasi kerja, kepuasan kerja dan niat meletakkan jawatan dalam kalangan kakitangan akademik politeknik di Malaysia. Journal of the Asian Academy of Applied Business, 5. pp. 45-81. ISSN 1675-9869

[img] Text
Kaitan antara kepimpinan, prestasi kerja, kepuasan kerja dan niat meletakkan jawatan dalam kalangan kakitangan akademik politeknik di Malaysia.pdf

Download (38kB)
[img] Text
Kaitan antara kepimpinan, prestasi kerja, kepuasan kerja dan niat meletakkan jawatan dalam kalangan kakitangan akademik politeknik di Malaysia1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (941kB) | Request a copy

Abstract

Penyelidikan ini telah mengamati respons daripada kakitangan akademik politeknik di Malaysia. Penyelidik melakukan kajian ini untuk melihat peranan pemimpin terhadap niat meletakkan jawatan. Penyelidik telah mengajukan beberapa persoalan kajian. Pertama, mengenal pasti perhubungan yang signifikan dalam Kepimpinan Memperkasa Gelagat yang mempengaruhi tindak balas psikologi (kepuasan kerja dan prestasi kerja). Kedua, mengenal pasti perhubungan yang signifikan terhadap tindak balas psikologi dalam mempengaruhi Niat Meletakkan Jawatan. Ketiga, mengenal pasti kesan faktor pengantaraan Kepimpinan Memperkasa Gelagat terhadap Niat Meletakkan Jawatan adalah tindak balas psikologi. SPSS21 dan SmartPLS3 digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh daripada 376 responden yang menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Penyelidik telah membentuk kaedah kajian iaitu pemboleh ubah tidak bersandar adalah Kepimpinan Memperkasa Gelagat, tindak balas psikologi sebagai faktor pengantaraan dan niat meletakkan jawatan pekerja pemboleh ubah bersandar. Kepimpinan Memperkasa Gelagat mempunyai hubungan signifikan dengan Kepuasan Kerja dan Prestasi Kerja. Secara keseluruhannya, tindakan balas psikologi mempunyai hubungan signifikan dengan niat meletakkan jawatan. Bagi kesan pengantaraan, Kepuasan Kerja dan Prestasi Kerja merupakan faktor pengantaraan bagi Niat Meletakkan Jawatan di antara Kepemimpinan Memperkasa Gelagat dan Niat Meletakkan jawatan. Hasil kajian ini pasti dapat memberi impak kepada pentadbiran politeknik di Malaysia sebagai penunjuk untuk melakukan penambaikan untuk mencapai tujuan yang diinginkan.

Item Type: Article
Keyword: Kepimpinan memperkasa gelagat , Kepuasan kerja , Prestasi kerja dan niat meletakkan jawatan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial management > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Oct 2021 19:14
Last Modified: 26 Oct 2021 19:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30758

Actions (login required)

View Item View Item