Niat untuk meninggalkan organisasi, sistem kenaikan pangkat dan kepuasan kerja di kalangan penjawat awam persekutuan yang dilantik di bawah skim perkhidmatan tertutup di Sabah

Mohammad Chin and Syed Azizi Wafa and Ramraini Ali Hassan (2017) Niat untuk meninggalkan organisasi, sistem kenaikan pangkat dan kepuasan kerja di kalangan penjawat awam persekutuan yang dilantik di bawah skim perkhidmatan tertutup di Sabah. Journal of the Asian Academy of Applied Business, 4. pp. 29-47. ISSN 1675-9869

[img] Text
Niat untuk meninggalkan organisasi, sistem kenaikan pangkat dan kepuasan kerja di kalangan penjawat awam persekutuan yang dilantik di bawah skim perkhidmatan tertutup di Sabah.pdf

Download (46kB)
[img] Text
Niat untuk meninggalkan organisasi, sistem kenaikan pangkat dan kepuasan kerja di kalangan penjawat awam persekutuan yang dilantik di bawah skim perkhidmatan tertutup di Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (475kB) | Request a copy

Abstract

Penyelidikan ini meneroka hubungan antara kemajuan kerjaya, sistem kenaikan pangkat, sifat-sifat personaliti ke atas kepuasan kerja dan niat untuk meninggalkan organisasi di kalangan penjawat awam persekutuan yang dilantik di bawah Skim Perkhidmatan Tertutup di Sabah, Malaysia. Walaupun terdapat beberapa kajian seperti ini yang telah dilaksanakan di sektor awam dan swasta, namun kajian khusus untuk penjawat awam yang dilantik di bawah “Skim Perkhidmatan Tertutup di sektor awam Malaysia masih kurang dilaksanakan. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat di jabatan dan agensi persekutuan di negeri Sabah, Malaysia dan telah berkhidmat dengan organisasi semasa sekurang-kurangnya 5 tahun. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian gunaan, paradigma penyelidikan menggunakan pendekatan positivisme dan strategi penyelidikan adalah penyelidikan berbentuk deduktif. Tujuan kajian ini ialah ujian hipotesis untuk menguji setiap pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini. Kaedah kuantitatif sepenuhnya digunakan dalam kajian ini. Sejumlah 700 borang kaji selidik telah diedarkan di kalangan kakitangan awam persekutuan dalam kumpulan pengurusan dan profesional yang terdiri daripada gred 41 hingga gred 54. Sebanyak 420 soal selidik telah dikembalikan tetapi hanya sejumlah 380 borang kaji selidik didapati boleh digunakan untuk analisis dalam kajian ini. Teknik pensampelan yang digunakan adalah teknik pensampelan purposive. Itemitem yang terdapat di dalam borang kaji selidik yang diadaptasikan daripada item-item yang pernah digunakan oleh penyelidik terdahulu dalam kajian mereka, tetapi terdapat beberapa item yang telah diubahsuai agar sesuai dengan kajian ini. Data kuantitatif dianalisis menggunakan IBM SPSS versi 23 dan pelbagai kaedah statistik digunakan bagi menganalisis data yang telah diperoleh; korelasi, regresi dan syntax mediation test telah digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan responden berpuas hati dengan pekerjaan mereka dan memilih untuk terus berkhidmat dengan organisasi semasa. Sekiranya kakitangan mendapati organisasi prihatin tentang pembangunan kemajuan kerjaya dan peluang kenaikan pangkat dilaksanakan secara adil, kepuasan kerja dan niat untuk meninggalkan organisasi dalam kalangan penjawat awam persekutuan yang dilantik di bawah Skim Perkhidmatan Tertutup di sektor awam Malaysia di Sabah boleh dijangkakan. Sub konstruk yang terdapat di dalam pemboleh ubah bebas yang pertama, iaitu kemajuan kerjaya terdiri daripada pembangunan kemahiran profesional, pusingan kerja dan penyeliaan serta pemboleh ubah bebas, iaitu kedua sistem kenaikan pangkat terdiri daripada keadilan sistem kenaikan pangkat dan kecepatan kenaikan pangkat dan sifat personaliti neuroticism perlu diberi tumpuan bagi meningkatkan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan di sektor awam. Sistem saraan dan ganjaran serta penyediaan matlamat kerjaya yang menarik dan ujian personaliti ke atas kakitangan juga harus dipertimbangkan oleh organisasi yang berkaitan untuk dilaksanakan bagi meningkatkan dan mengekalkan kepuasan kerja dalam kalangan penjawat awam persekutuan yang dilantik di bawah Skim Perkhidmatan Tertutup sektor awam Malaysia di Sabah. Kajian ini telah menyumbang pengetahuan untuk memberikan bukti kajian empirikal dan pemahaman yang lebih baik tentang hubungan di antara kemajuan kerjaya, sistem kenaikan pangkat, sifat-sifat personaliti ke atas kepuasan kerja dan niat untuk meninggalkan organisasi di kalangan penjawat awam yang dilantik di bawah Skim Perkhidmatan Tertutup di jabatan dan agensi persekutuan Malaysia di Sabah. Dari perspektif praktikal, penemuan dari kajian ini boleh digunakan oleh pembuat dasar, pengurus dan penyelidik yang berminat untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan awam dan pengurusan sumber manusia sektor awam.

Item Type: Article
Keyword: Kemajuan kerjaya , Sistem kenaikan pangkat , Sifat-sifat personaliti , Kepuasan kerja , Niat untuk meninggalkan organisasi , “Skim Perkhidmatan Tertutup”
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Oct 2021 20:01
Last Modified: 26 Oct 2021 20:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30778

Actions (login required)

View Item View Item