Sejauh mana tempoh perkhidmatan sebagai faktor penyederhanaan terhadap reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja? Kajian di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

Syarifah Hanum Ali and Arsiah Bahron and Stephen Laison Sondoh Jr. (2017) Sejauh mana tempoh perkhidmatan sebagai faktor penyederhanaan terhadap reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja? Kajian di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Journal of the Asian Academy of Applied Business, 4. pp. 73-96. ISSN 1675-9869

[img] Text
Sejauh mana tempoh perkhidmatan sebagai faktor penyederhanaan terhadap reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja.pdf

Download (39kB)
[img] Text
Sejauh mana tempoh perkhidmatan sebagai faktor penyederhanaan terhadap reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (731kB) | Request a copy

Abstract

Penyelidikan ini dibuat untuk melihat perhubungan di antara tempoh perkhidmatan, reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Objektif khusus pertama yang ingin dicapai adalah untuk melihat perhubungan yang signifikan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Objektif kedua adalah untuk menguji sama ada tempoh perkhidmatan merupakan faktor penyederhanaan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Populasi kajian adalah seramai 245 orang kakitangan akademik di Politeknik Kota Kinabalu, manakala sampel dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak. Seramai 231 orang telah memberi maklum balas kepada borang soal selidik yang diedarkan. Analisis data dilakukan menggunakan pakej SPSS21. Kajian mendapati bahawa terdapat perhubungan yang signifikan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Manakala, tempoh perkhidmatan didapati memainkan peranan sebagai faktor penyederhanaan di antara reka bentuk pekerjaan, motivasi dan kepuasan kerja. Kajian ini telah mengemukakan beberapa implikasi kajian berdasarkan dapatan dan sokongan sorotan kajian yang berkaitan. Hasil kajian ini akan dapat memberi input kepada pentadbiran Politeknik sebagai penunjuk untuk melakukan penambahbaikan bagi mencapai matlamatnya.

Item Type: Article
Keyword: Reka bentuk pekerjaan , Tempoh perkhidmatan , Motivasi kerja , Kepuasan kerja
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > BJ1-1725 Ethics > BJ1725 Ethics of social groups, classes, etc. Professional ethics
H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5549-5549.5 Personnel management. Employment management
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 26 Oct 2021 20:24
Last Modified: 26 Oct 2021 20:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30784

Actions (login required)

View Item View Item