Impak migrasi terhadap pembentukan multi etnik Islam di Sabah

Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin and Abang Mohd Razif Abang Muis and Pg Mohd Faezul Fikri Ag Omar and Noor Afiqah Athirah Hajimin (2019) Impak migrasi terhadap pembentukan multi etnik Islam di Sabah. In: Persidangan Serantau Peradaban dan Etnik (PERSEP 2019), 24 & 25 October 2019, Kota Kinabalu, Sabah.

[img] Text
Impak migrasi terhadap pembentukan multi etnik Islam di Sabah_FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (557kB)
[img] Text
Impak migrasi terhadap pembentukan multi etnik Islam di Sabah_ABSTRACT.pdf

Download (59kB)

Abstract

Isu migrasi etnik bukanlah satu perbahasan yang baharu. Terdapat pelbagai etnik yang dikenali sebagai etnik migran yang bermigrasi sehingga membentuk diaspora etnik mereka di serata dunia. Migrasi yang berlaku menjadikan negara yang didatangi telah membentuk masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ras, etnik, kaum, bangsa dan agama. Dalam konteks Sabah, migrasi etnik juga bukanlah satu fenomena yang asing. Sabah turut menerima migrasi dari pelbagai etnik sehingga membentuk kepelbagaian etnik dan kaum di Sabah. Ini menjadikan Sabah yang asalnya dibentuk oleh beberapa etnik peribumi, kini telah berkembang dan membentuk masyarakat multi etnik. Oleh sebab Sabah mempunyai kewujudan etnik yang pelbagai, kajian ini hanya bertujuan untuk menganalisis impak migrasi etnik-etnik dominan Islam daripada Filipina, Indonesia dan Brunei terhadap pembentukan multi etnik Islam di Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajian ini mendapati terdapat pelbagai etnik dominan Islam daripada ketiga-tiga negara tersebut telah menyumbang kepada pembentukan multi etnik Islam di Sabah seperti daripada Brunei etnik Melayu-Brunei dan Kedayan; Indonesia seperti etnik Jawa dan Bugis, serta Filipina seperti etnik Kegayan, Bajau, Iranun dan Suluk. Kepelbagaian etnik ini telah menjadikan ia sebagai satu keunikan di Sabah. Walaupun masyarakat Sabah dibentuk daripada pelbagai etnik, namun masyarakatnya dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni sehingga dinobatkan sebagai contoh 1Malaysia. Justeru, Malaysia amnya dan Sabah khususnya dapat menjadi model kepada negara-negara yang masyarakatnya turut terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Keyword: Impak migrasi , Multi etnik , Islam , Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 17 Oct 2021 06:36
Last Modified: 17 Oct 2021 06:36
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30957

Actions (login required)

View Item View Item