Mohd Rakib Mohd Rashid (2018) Pencapaian dan perkembangan terkini pekebun kecil sawit di Malaysia. In: Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit 2018, 5 - 6 Sept 2018, Kota Kinabalu, Sabah.
Text
Pencapaian dan perkembangan terkini pekebun kecil sawit di Malaysia-ABSTRACT.pdf Download (68kB) |
|
Text
Pencapaian dan Perkembangan Terkini Pekebun Kecil Sawit di Malaysia.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) | Request a copy |
Abstract
Sejarah besar negara telah dicatat apabila tanaman sawit mula diusahakan secara komersial di Estet Tannamaran, Kuala Selangor pada 1917. Sehingga kini, industri sawit di Malaysia telah berusia JOO tahun dan telah menjadi sektor pertanian terpenting negara. Sawit merupakan antara tanaman minyak sayuran utama dunia dengan sumbangan sebanyak 72 .5 juta tan atau 38% kepada bekalan minyak sayuran dunia pada 2017. Pada tahun yang sama, Malaysia telah menghasilkan sebanyak 20 .5 juta tan minyak mentah daripada kawasan tanaman seluas 5.81 juta hektar dengan kadar pengeluaran sebanyak 3.4 tan minyak mentah per hektar setahun. Sehingga kini, hampir 40% atau seluas 2 .26 juta hektar daripada keseluruhan kawasan penanaman sawit di Malaysia diusahakan oleh peke bun kecil ( ~680 000 pekebun kecil) iaitu pekebun kecil persendirian, dan tersusun seperti FELDA, FELCRA, RISDA, skim agensi kerajaan, dan skim negeri. lni menunjukkan industri sawit memberi kesan sosioekonomi yang besar kepada pekebun kecil dan mereka juga memberi sumbangan yang signifikan terhadap ekonomi negara. Harga buah tandan segar (BTS) yang menarik dan stabil telah menarik minat pekebun untuk terus bergiat dalam industri ini. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang ditubuhkan pada 1956 dengan objektif membasmi kemiskinan melalui penanaman sawit merupakan skim pekebun kecil terbesar di Malaysia. FELDA telah berjaya melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan sosioekonomi dengan membangunkan 317 buah rancangan yang melibatkan seramai 112 635 orang pekebun kecil. Dengan amalan mampan yang diusahakan, FELDA telah berjaya menjadi organisasi pekebun kecil yang pertama di dunia yang memperoleh Pensijilan Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO) pada 2010. Sedar akan sumbangan pekebun kecil terhadap industri sawit Malaysia, kerajaan terus berusaha untuk meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi penduduk luar bandar dengan menyalurkan pelbagai bantuan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), antaranya ialah khidmat nasihat oleh pegawai Tunjuk Ajar dan Nasihat Sawit (TUNAS), dan pelbagai skim bantuan seperti Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK), Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK), lnsentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (!Ta), dan Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (/Te). Usaha kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) tersebut telah memanfaatkan seramai 50 098 orang pekebun kecil dengan keluasan kebun berjumlah 116 115 ha. Antara cabaran terkini pekebun kecil dan industri sawit Malaysia ialah Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang bakal diwajibkan mulai 31 Disember 2019. Dalam merealisasikan usaha ini, kerajaan melalui MPOB telah mengelompokkan pekebun sawit persendirian di bawah Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) untuk menerapkan amalan pertanian baik (GAP).
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Keyword: | Pekebun Kecil , Sawit , Industri sawit , Malaysia |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD1401-2210 Agriculture H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class |
Department: | FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 22 Oct 2021 09:51 |
Last Modified: | 22 Oct 2021 09:51 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31017 |
Actions (login required)
View Item |