Isu batal wuduk semasa tawaf: Analisis pendekatan Tabung Haji

Dg. Hafizah Ag. Basir (2014) Isu batal wuduk semasa tawaf: Analisis pendekatan Tabung Haji. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 20. pp. 127-144. ISSN 1511-1989

[img] Text
Isu batal wuduk semasa tawaf, Analisis pendekatan Tabung Haji.pdf
Restricted to Registered users only

Download (335kB) | Request a copy
[img] Text
Isu batal wuduk semasa tawaf, Analisis pendekatan Tabung Haji-ABSTRACT.pdf

Download (73kB)

Abstract

Keadaan sesak semasa tawaf pada musim haji dan umrah menyebabkan percampuran yang tidak dapat dielakkan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Situasi sebegini menyukarkan para jemaah Malaysia yang bermazhab al-Shafici menjaga wuduk mereka. Berdasarkan pendapat al-Shafici, persentuhan antara lelaki dan wanita bukan mahram tanpa alas membatalkan wuduk secara mutlak, iaitu sama ada sentuhan tersebut disertai syahwat atau tidak bahkan, pendapat ini juga merupakan pendapat azhar ulama al-Shaficiyyah. Meskipun terdapat alternatif untuk berpegang dengan pendapat muqabil al-azhar, iaitu batal yang menyentuh dan tidak batal orang yang tersentuh, permasalahan tersebut masih berlaku dan sukar dielakkan disebabkan oleh beberapa faktor. Penulisan ini akan membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan permasalahan ini dan membuat penilaian terhadap pendekatan yang diambil oleh Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, Lembaga Tabung Haji Malaysia (LTH) dalam merungkai permasalahan ini. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian kepustakaan terhadap laporan-laporan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan telah dijalankan. Hasil kajian mendapati permasalahan batal wuduk semasa tawaf yang dihadapi jemaah haji adalah disebabkan suasana yang berlaku semasa pelaksanaan ibadat haji yang tidak dapat dielakkan dan terikat dengan garis panduan ibadat yang dianjurkan oleh Tabung Haji yang berpegang pada pandangan mazhab al-Shafi͏͏ ͨ i.

Item Type: Article
Keyword: Tawaf , Wuduk , Mazhab al-Shafici ,Qawl Asahh , Qawl marjuh
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP1-68 General
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam > BP176-181 The five duties of a Moslem. Pillars of Islam
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 23 Nov 2021 08:39
Last Modified: 23 Nov 2021 08:39
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31086

Actions (login required)

View Item View Item