Harifah Mohd Noor and Jurry Foo and Ubong Imang and Marja Azlima Omar and Jabil Mapjabil and Adilah Md Ramli and Rima Abdul Rahman (2021) Kesediaan norma baharu perniagaan pengusaha makanan pks di Sabah - satu penelitian awal.
Text
Kesediaan norma baharu perniagaan pengusaha makanan pks di Sabah - satu penelitian awal -ABSTRACT.pdf Download (63kB) |
|
Text
Kesediaan norma baharu perniagaan pengusaha makanan pks di Sabah - satu penelitian awal.pdf Restricted to Registered users only Download (342kB) | Request a copy |
Abstract
Makanan tradisi merupakan makanan yang melambangkan identiti budaya dalam satu masyarakat, khususnya negeri Sabah yang terdiri dari pelbagai etnik. Kepelbagaian makanan tradisi telah memberi sumber pendapatan kepada para pengusaha di Sabah. Namun kehadiran wabak Corona Virus Dieases atau COVID-19 telah memberikan impak kepada ekonomi negara. Para pengusaha kecil dan sederhana (PKS) turut terkesan terutama pengusaha makanan tradisi yang sebelum ini menerima permintaan yang tinggi dari pengunjung tempatan dan luar negara. Sehubungan itu, norma baru perlu dilaksanakan sebagai alternatif untuk mengekalkan pemasaran produk pemakanan tradisi kekal berdaya saing. Namun perubahan terhadap strategi pemasaran tetap mempunyai impak dalam kalangan para pengusaha. Oleh itu, kertas kerja ini melihat sejauh mana norma baharu perniagaan pengusaha makanan PKS di Kota Kinabalu memberi impak kepada pemasaran makanan tradisi dan strategi yang diamalkan oleh pengusaha. Penyelidikan ini menggunakan sumber primer melalui tinjauan soal selidik yang melibatkan 60 orang pengusaha makanan tradisi PKS. Selain itu kaedah temu bual juga dijalankan bersama pengusaha PKS bagi mengukuhkan penemuan kajian ini. Lokasi kajian adalah di daerah Papar, Kota Kinabalu yang sangat dikenali sebagai pengeluar produk utama makanan tradisi. Analisis data menggunakan kaedah deskriptif menerusi frekuensi dan skor min purata. Penemuan mendapati impak yang sangat dirasai oleh pengusaha PKS dalam norma baharu adalah ‘sukar mendapatkan pelanggan baru’ (min=4.45), ‘pasaran hanya sekitar kawasan sendiri’ (min=4.16) dan ‘tiada keyakinan’ (min=4.00). Strategi pemasaran yang paling berkesan menangani isu kesediaan norma baru ialah ‘kreatif dalam perniagaan’, (min=4.36), ‘menambah ilmu keusahawanan’ (4.03) dan ‘pertingkatkan mutu produk’ (min=3.93) merupakan amalan strategi yang digunapakai oleh pengusaha PKS untuk menangani impak yang dihadapi semasa pandemik ini. Usahawan perlu bersedia untuk menyalurkan strategi menghadapi norma baharu perniagaan. Oleh itu, sokongan dari pihak kerajaan serta pelbagai agensi amat diperlukan untuk meningkatkan keupayaan perniagaan usahawan PKS.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Makanan tradisi , Covid-19 , Pengusaha , Perusahaan Kecil dan Sederhana |
Subjects: | H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 17 Nov 2021 12:01 |
Last Modified: | 17 Nov 2021 12:01 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31113 |
Actions (login required)
View Item |