Andrey James (2020) Sejarah perjudian di Borneo Utara (1881-1941). Jurnal Borneo Akhailogia Heritage, Archaeology and History, 5. pp. 105-118. ISSN 2600-8726
Text
Sejarah perjudian di Borneo Utara (1881-1941).pdf Download (38kB) |
|
Text
Sejarah perjudian di Borneo Utara (1881-1941)1.pdf Restricted to Registered users only Download (272kB) |
Abstract
Borneo Utara berada di bawah pentadbiran Syarikat (Berpiagam) Borneo Utara British (SBBUB) dari awal 1881 hingga 1941. Pentadbiran SBBUB melaksanakan pelbagai dasar untuk memastikan pemerintahan politik Borneo Utara lancar dan teratur. Antara langkah yang diambil oleh SBBUB adalah dengan membawa masuk buruh Cina dan Jawa. Namun, buruh asing menyebabkan berlakunya kegiatan perjudian sebagai aktiviti sosial baru di Borneo Utara. Objektif makalah ini adalah untuk menganalisis aktiviti perjudian di Borneo Utara semasa pentadbiran SBBUB. Sumber primer digunakan dalam perbincangan terutamanya sumber dokumen pentadbiran kolonial dan juga laporan tahunan kerajaan. Sumber sekunder seperti buku dan jurnal juga dirujuk untuk mengukuhkan analisis perbincangan. Dapatan kajian makalah ini ialah imigran Cina berperanan sebagai pengusaha pusat perjudian di kebanyakan ladang pertanian di Borneo Utara. Manakala imigran Jawa pula sebagai pelanggan kepada pusat-perjudian berkenaan. Aktiviti perjudian semakin berkembang apabila pihak SBBUB mengeluarkan lesen perjudian dan mewujudkan ruangan pusat perjudian yang berdaftar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Dasar Perjudian , BNBC , Estet , Buruh dan masyarakat tempatan |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV1199-1570 Games and amusements > GV1221-1469.63 Indoor games and amusements > GV1301-1311 Gambling. Chance and banking games |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 24 Nov 2021 07:27 |
Last Modified: | 24 Nov 2021 07:27 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31177 |
Actions (login required)
View Item |