Penghasilan jem mangga campuran tembikai susu

Anis Idayu Zakaria (2006) Penghasilan jem mangga campuran tembikai susu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000180.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan jem mangga campuran tembikai susu. Jem ini dihasilkan daripada puri mangga dan puri tembikai susu yang dikisar dan kemudiannya di campurkan bahan-bahan lain seperti gula, asid sitrik, air dan pektin. Tiga formulasi terbaik bagi jem ini iaitu F1, F2 dan F3 diperolehi melalui ujian pemeringkatan yang telah dijalankan ke atas 30 orang ahli panel dan ujian hedonik 7 skala dijalankan bagi mendapatkan satu jem terbaik yang juga menggunakan ahli panel seramai 30 orang. Hasil analisis data menunjukkan sampel formulasi F3 yang paling diterirna. Formulasi ini terdiri daripada 30% puri mangga dan 14.4% puri tembikai susu. Ujian anal isis proksimat yang dijalankan memberikan secara kasar nilai kelembapan sebanyak 29.15 ± 0.15%, 0.00 ± 0.00% lemak, 0.20 ± 0.02% abu, 1.02 ± 0.05% serabut kasar, 0.12 ± 0.16% protein dan sebanyak 69.51 ± 0.23% adalah karbohidrat. Analisis fizikokimia yang telah dijalankan ke atas F3 ini menunjukkan nilai pH jem sebanyak 3.30 ± 0.00 pada minggu pertama penyimpanan dan 3.00 ± 0.01 pada minggu ke-8, kandungan jumlah pepejal terlarut jem sebanyak 68.00 ± O.OOoBriks pada minggu pertama dan 66.00 ± 0.00 °Briks pada minggu ke-8, jumlah keasidan minggu pertama ialah 1.00 ± 0.02% dan pada minggu terakhir ialah 1.14 ± 0.06%. Bagi ujian mikrobiologi pula, menunjukkan tiada pertumbuhan mikroorganisma sepanjang penyimpanan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Mango jam, Honey dew
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 29 Jun 2011 16:16
Last Modified: 19 Oct 2017 13:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3118

Actions (login required)

View Item View Item