Koh, Boon Kok (2006) Pembangunan produk cokolat berinti buah naga campuran misai kucing. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000181.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Sampel cokolat berinti buah naga campuran ekstrak misai kucing yang dihasilkan berasaskan buah naga dan teh misai kucing sebagai bahan mentah. Kerja penghasilan dan kajian dijalankan dengan tujuan membangunkan produk cokolat berinti herba, memperolehi formulasi terbaik daripada dua belas formulasi melalui ujian sensori serta mengkaji kestabilan produk cokolat berinti herba di sepanjang tempoh penyimpanan. Perubahan di sepanjang tempoh penyimpanan bagi sampel cokolat dikaji dari segi suhu penyimpanan dan tempoh penyimpanan. Analisis proksimat bagi sampel cokolat berinti buah naga campur ekstrak misai kucing menunjukkan kandungan abu, air, lemak, protein, karbohidrat dan serabut kasar masing-masing ialah 62 ± 0.04%, 1.60 ± 0.14%, 33.82 ± 0.13%, 5.34 ± 0.22%, 56.70 ± 0.20% dan 0.92 ± 0.16%. Takat lebur, kandungan air, kandungan asid lemak bebas bagi sampel cokolat yang disimpan pada suhu bilik (29 ± 1°C) dan suhu sejuk (18 ± 1°C) mengalami peningkatan semasa penyimpanan di mana lingkungan nilai masing-masing pada akhir tempoh penyimpanan adalah 32.2 dan 31.7 °e, 5.82 dan 5.58% dan 1.20 dan 1.10%. Keputusan analisis ujian mutu simpanan telah menunjukkan bahawa sampel cokolat disimpan pada suhu sejuk adalah lebih stabil berbanding dengan sampel cokolat simpan pada suhu bilik. Pembungkusan sampel cokolat dengan kepingan aluminium dan plastik polietilena juga dapat mengekalkan kualiti cokolat sepanjang tempoh penyimpanan. Keputusan menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang ketara dari segi penilaian sensori dl antara sampel cokolat segar dengan sampel cokolat yang telah disimpan selepas menjalani ujian perbandingan berganda.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Dragon fruit, Misai kucing, Chocolate |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 29 Jun 2011 16:22 |
Last Modified: | 19 Oct 2017 13:25 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3119 |
Actions (login required)
View Item |