Hubungan faktor guru dan persekitaran dengan pembelajaran pendidikan jasmani: satu tinjauan di Sekolah Menengah pendalaman Sabah

Ahmad Fadly Abdul Rahman and Muhamad Suhaimi Taat and Jenorita Hongkong (2021) Hubungan faktor guru dan persekitaran dengan pembelajaran pendidikan jasmani: satu tinjauan di Sekolah Menengah pendalaman Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6. pp. 143-153. ISSN 2504-8562

[img] Text
Hubungan faktor guru dan persekitaran dengan pembelajaran pendidikan jasmani_satu tinjauan di sekolah menengah pendalaman Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (369kB) | Request a copy
[img] Text
Hubungan faktor guru dan persekitaran dengan pembelajaran pendidikan jasmani_ satu tinjauan di sekolah menengah pendalaman Sabah_ABSTRACT.pdf

Download (63kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan faktor guru dan persekitaran dengan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah. Kajian ini berbentuk kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Seramai 101 orang muridtelah dipilih secara rawak dari 4 buah sekolah menengah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada “School-Level Environment Questionnaire” untuk mengukur faktor guru dan persekitaran sekolah dan soal selidik “National Survey of Student Engagement” untuk mengukur penglibatan pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan faktor guru dan persekitaran berdasarkan jantina lelaki dan wanita. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor guru dengan pembelajaran Pendidikan Jasmani (r=.868, p<0.01), dan faktor persekitaran dengan pembelajaran Pendidikan Jasmani (r=.907,p<0.01). Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor guru dan faktor persekitaran adalah pemboleh ubah yang relevan bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah di daerah pendalaman. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu menitik beratkan faktor guru dan persekitaran kerana ianya memberi kesan kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Semua pihak perlu berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan kebolehan mengajar, mempunyai pengetahuan yang spesifik dalam bidang pembelajaran serta menambahbaikkan persekitaran sekolah supaya dapat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani ke arah yang lebih baik.

Item Type: Article
Keyword: Guru , Persekitaran , Pembelajaran , Pendidikan Jasmani , Sekolah , Pedalaman
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 24 Nov 2021 08:21
Last Modified: 24 Nov 2021 08:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31194

Actions (login required)

View Item View Item