Sejarah sosial komuniti Eropah di Borneo Utara (1881-1941)

Siti Noor Soffera Zainuddin and Maureen De Silva (2019) Sejarah sosial komuniti Eropah di Borneo Utara (1881-1941). Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 4. pp. 87-98. ISSN 2600-8726

[img] Text
Sejarah sosial komuniti Eropah di Borneo Utara (1881-1941).pdf

Download (38kB)
[img] Text
Sejarah sosial komuniti Eropah di Borneo Utara (1881-1941)1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (554kB)

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan tentang sejarah sosial komuniti Eropah di Borneo Utara semasa era pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dari tahun 1881 hingga 1941. Kehadiran komuniti Eropah di Borneo Utara banyak dipengaruhi oleh perkembangan pentadbiran dan ekonomi, iaitu golongan pentadbir dan juga pelabur dalam industri perlombongan, pembalakan dan perladangan. Keadaan Borneo Utara yang jauh dan masih kurang maju menyebabkan kehidupan di Borneo Utara sebagai suatu yang amat mencabar bagi komuniti Eropah. Justeru, mereka telah berusaha untuk mewujudkan suasana yang selesa dengan menganjurkan pelbagai aktiviti sosial dalam bentuk sukan, hiburan, rekreasi dan persatuan sebagai mekanisme untuk berhadapan dengan kehidupan seharian di Borneo Utara. Berpandukan kepada sumber primer berbentuk dokumen,akhbar dan sumber sekunder, kajian ini bertujuan untuk mengidentifikasikan bentuk aktiviti sosial yang dilakukan oleh komuniti Eropah dalam tempoh pentadbiran SBUB.Juga menilai sejauh mana aktiviti sosial yang dilaksanakan ini sekadar berperanan untuk berinteraksi, mengisi masa lapang dan hiburan semata-mata atau mempunyai motif lain.

Item Type: Article
Keyword: Aktiviti sosial , Komuniti Eropah , SBUB , Borneo Utara
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Nov 2021 17:15
Last Modified: 25 Nov 2021 17:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31197

Actions (login required)

View Item View Item