Perjanjian Malaysia 1963: kerangka perundangan dalam gagasan Malaysia dan proses dekolonialisasi Sabah dan Sarawak

A Rahman Tang Abdullah and Bilcher Bala and Pandikar Amin Mulia (2019) Perjanjian Malaysia 1963: kerangka perundangan dalam gagasan Malaysia dan proses dekolonialisasi Sabah dan Sarawak. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 4. pp. 117-139. ISSN 2600-8726

[img] Text
Perjanjian Malaysia 1963.pdf

Download (40kB)
[img] Text
Perjanjian Malaysia 19631.pdf
Restricted to Registered users only

Download (595kB)

Abstract

Sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia sememangnya mempunyai hubungan simbiotik dengan kemerdekaan dua buah negeri di Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak. Ini kerana perisytiharan Persekutuan Malaysia pada tanggal 16 Haribulan September tahun 1963 tidak akan dapat direalisasikan tanpa penyertaan kedua-dua buah negeri tersebut berserta Singapura.Namun begitu, dari segi perundangan, Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah mula berkuatkuasa pada tarikh tersebut sebenarnya merupakan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957, bukannya satu perlembagaan baharu. Ini bermakna Persekutuan Malaysia bukanlah satu entitibaru tapi sebenarnya merupakan penambahan keluasan Persekutuan Tanah Melayu melalui percantuman Sabah dan Sarawak kepadanya. Status quo ini yang didasarkan kepada kerangka perundangan seperti yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia telah juga diperakukan keabsahannya di bawah perundangan antarabangsa apabila ia diiktiraf oleh PBB. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan untuk membincangkan kerangka perundangan dalam Gagasan Malaysia yang diaplikasikan kepada proses dekolonialisasi yang membawa kepada kemerdekaan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Perbincangan ini akan merujuk kepada provisi yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan dokumen lain yang berkaitan dengannya.

Item Type: Article
Keyword: Perjanjian Malaysia 1963 , Gagasan Malaysia , Sabah , Sarawak , Dekolonialisasi
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.36-597.39 Sarawak
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 25 Nov 2021 17:19
Last Modified: 25 Nov 2021 17:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31198

Actions (login required)

View Item View Item