Mohd Firdaus Mohd Yaacob (2006) Penghasilan kordial halia (Zingiber officinale Roscoe). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000182.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menghasilkan kordial halia. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan formulasi terbaik dan mengkaji jangka hayat simpanan kordial halia yang dihasilkan serta tahap penerirnaan pengguna melalui ujian pengguna Sebanyak 9 formulasi telah dihasilkan dan ujian pemeringkatan serta ujian hedonik dilakukan untuk mendapatkan 1 formulasi terbaik. Hasil ujian mendapati sampel 371 yang rnengandungi 25% jus halia, 50% gula dan 0.20% asid sitrik ini dipilih kerana rnendapat skor min tertinggi bagi atribut warna (5.53 ± 0.78), kemanisan (5.58 ± 0.81), kepedasan (5.68 ± 0.92), after taste (6.05 ± 0.88) dan penerirnaan keseluruhan (6.35 ± 0.66) . Ujian mutu simpanan selama 7 minggu telah dilakukan pad a suhu bilik yang meliputi ujian °Briks, ujian pH, peratus keasidan dan juga ujian rnikrobiologi. Ujian °Brix yang dijalankan mendapati nilainya sernakin turun dari 54.55 ± 0.18 kepada 52.02 ± 0.01. Bagi ujian pH pula, nilainya menurun dan 3.38 ± 0.00 kepada 3.02 ± 0.13. nilai keasidan pula rnenunjukkan peningkatan dari 0.40 ± 0.00 kepada 0.41 ± 0.01. Keputusan ujian mikrobiologi menunjukkan sampel berada pada tahap yang selamat untuk diminum. Selain itu, analisis proksimat yang dijalankan menunjukkan kordial ini mengandungi 39.80 ± 1.83% kelembapan, 0.55 ± 0.02% abu, 0.04 ± 0.02% serabut kasar, 1.72 ± 0.09% protein, 0.00 ± 0.00% lemak dan 49.44 ± 8.95% karbohidrat.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Cordial from ginger |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 29 Jun 2011 16:28 |
Last Modified: | 19 Oct 2017 13:25 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3120 |
Actions (login required)
View Item |