Kapal wap, laluan maritim dan penghantaran buruh Cina dan Jawa ke Borneo Utara, 1881-1941

Maureen De Silva and Nursyazwani Binti Edinin (2021) Kapal wap, laluan maritim dan penghantaran buruh Cina dan Jawa ke Borneo Utara, 1881-1941. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6. pp. 293-307. ISSN 2504-8562

[img] Text
Kapal wap, laluan maritim dan penghantaran buruh Cina dan Jawa ke Borneo Utara, 1881-1941_ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
Kapal wap, laluan maritim dan penghantaran buruh Cina dan Jawa ke Borneo Utara, 1881-1941.pdf
Restricted to Registered users only

Download (373kB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan teknologi maritim telah memberi impak signifikan kepada Asia Tenggara. Sebelum kapal wap diperkenalkan, pengembara dan pedagang bergantung kepada kapal layar untuk perjalanan jarak jauh dan perjalanan tersebut menjadi sukar dan membahayakan kerana keadaan cuaca yang tidak dapat diramalkan, terutama semasa perubahan monsun dan angin. Transformasi radikal industri perkapalan yakni dari penggunaan kapal layar kepadakapal wap berjalan seiring dengan kemuncak Revolusi Perindustrian di Eropah, yang menyaksikan perkembangan bukan sahaja perdagangan tetapi juga perluasan wilayah di bawah kawalan Eropah pada era imperialism baru. Pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dari tahun 1881 hingga tahun 1941 adalah contoh perluasan wilayah dan dominasi ekonomi Eropah yang menyaksikan kedatangan buruh asing terutama buruh Cina dan Jawa ke Borneo Utara dengan menggunakan kapal wap melalui beberapa laluan maritim untuk memenuhi tuntutan ekonomi Borneo Utara. Berdasarkan penggunaan sumber primer (laporan tahunan, surat dan akhbar kolonial), dan sumber kedua, artikel ini bertujuan untuk mengenal pastikorelasi antara kegiatan manusia dalam bentuk migrasi tenaga buruh, dan kondisi serta persekitaran maritim terutama dalam penggunaan kapal wap dan laluan maritim. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubung kait antarakedatangan buruh asing dengan aspek maritim di mana isu-isu yang berkaitan dengan laluan maritim, jarak dan jangka waktu perjalanan, kos yang ditanggung, pemilikan kapal, persaingan kuasa dan dasar perlindungan, serta kebersihan atas kapal merupakan antara faktor-faktor dominan yang mempengaruhi penghantaran buruh Cina dan Jawa ke Borneo Utara.

Item Type: Article
Keyword: Kapal Wap , Laluan Maritim , Buruh Cina , Buruh Jawa , Borneo Utara
Subjects: H Social Sciences > HE Transportation and Communications > HE1-9990 Transportation and communications > HE380.8-971 Water transportation > HE561-971 Shipping
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 25 Nov 2021 17:45
Last Modified: 25 Nov 2021 17:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31205

Actions (login required)

View Item View Item