Dg. Junaidah Awang Jambol (2018) Hubungan tradisi Brunei dengan Borneo Utara: tinjauan terhadap faktor kemerosotan pentadbiran kesultanan Brunei pada abad ke-19. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 3. pp. 105-131. ISSN 2600-8726
Text
Hubungan tradisi Brunei dengan Borneo Utara.pdf Download (37kB) |
|
Text
Hubungan tradisi Brunei dengan Borneo Utara1.pdf Restricted to Registered users only Download (647kB) |
Abstract
Makalah ini membincangkan tentang latar belakang awal pemerintahan Kesultanan Brunei dan perkembangan pengaruhnya di Kepulauan Borneo yang dilihat telah mencorakkan pensejarahan masyarakat Melayu Brunei di Borneo Utara. Kajian ini akan menganalisis tentanghubungan tradisi Brunei dengan Borneo Utara yang akan dibahaskan melalui dua garis waktu iaitu zaman kemuncak dan zaman kemerosotan pemerintahannya. Kedua-dua garis waktu ini sangat penting dalam mendeskriptifkan kehidupan sosiopolitik masyarakat Melayu Brunei di Borneo Utara kerana pengukuhan kuasa dan pengaruh Kesultanan Brunei dilihat bukan sahaja terletak pada hubungan tradisi Kesultanan Brunei dengan masyarakat di wilayah naungannya malah hubungan tersebut telah diperkuatkan lagi dengan keberadaan masyarakat Melayu Brunei di Borneo Utara yang berperanan menyebar luaskan tentang kekuatan serta kedaulatan Kesultanan Brunei di wilayah berkenaan. Makalah ini akan memberikan tumpuan khusus kepada hubungan tradisi Brunei dengan Borneo Utara yang akan dinilaimelalui pelaksanaan sistem pentadbiran Kesultanan Brunei di Borneo Utara sebelum datangnya kuasa barat yang akhirnya membawa kepada kemerosotan keseluruhan empayarnya pada akhir abad ke-19.
Actions (login required)
View Item |