Lai, Douglas Tze hung (2007) Penghasilan minuman herba 3 dalam 1 campuran buah luo han guo Siraitia grosvenori), bunga melur Jasminum sambac) dan gula. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000188.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Projek penyelidikan ini dijalankan untuk menghasil dan membangunkan minuman herba 3 dalam 1 campuran buah luo han guo, bunga melur, dan gula. Kajian awal melihat perbezaan peratusan buah luo han guo, bunga melur, dan gula yang digunakan. Sebanyak 9 formulasi telah dibangunkan, 3 formulasi terbaik dipilih berdasarkan penilaian sensori yang menggunakan ujian pemeringkatan Balance Incomplete Block (BIB) dan analisis menggunakan Friedman-type stastistic serta Fisher's LSD. Hanya 1 formulasi terbaik yang dipilih melalui ujian sensori skala hedonik dan analisis menggunakan ANOVA dan ujian Tukey. Formulasi 4 dipilih sebagai formulasi yang terbaik dengan nisbah 30:8:62 bagi buah luo han guo, bunga melur, dan gula. Minuman herba 3 dalam 1 campuran buah luo han guo, bunga melur, dan gula yang terhasil mempunyai kandungan lembapan sebanyak 6.05 ± 0.02%, 0.24 ± 0.02% kandungan abu, 1.76 ± 0.23% kandungan protein, 1.19 ± 0.19% kandungan sera but, 10.01 ± 1.54% kandungan serabut kasar, dan kandungan karbohidrat sebanyak 80.75 ± 1.57%. Nilai pH bagi produk segar adalah 5.15 ± 0.01 dan menurun kepada pH 5.12 ± 0.01 pada minggu penyimpanan ke-8. sam pel segar didapati bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma untuk jumlah kiraan plat dan Vis serta kulat manakala sampel pada minggu ke-8 semasa ujian penyimpanan menunjukkan 3.10 x 104 CFU/ml bagi PCA dan 7.52 x 104 CFU/ml bagi PDA. Tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) bagi ujian perbandingan berganda dari atribut wama, aroma, kemanisan, aftertaste, dan antara sampel penyimpanan dari minggu ke-2 hingga minggu ke-8 dengan sampel kawalan. Kajian pengguna ke atas produk minuman 3 dalam 1 ini menunjukkan sebanyak 56% pengguna yang sukakan produk ini, 15% daripadanya yang akan membeli, dan 43% pengguna mungkin akan membeli produk ini sekiranya berada di pasaran
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Luo han guo fruit, Jasmine flower, Sugar. |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 30 Jun 2011 11:01 |
Last Modified: | 19 Oct 2017 13:32 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3126 |
Actions (login required)
View Item |