Hubungan komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam semasa Pandemik Covid-19

Gillberth Bundan Incham (2021) Hubungan komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam semasa Pandemik Covid-19. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Hubungan komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja 24PAGES.pdf

Download (255kB)
[img] Text
Hubungan komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan antara komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam di Malaysia semasa pandemik COVID-19. Komunikasi keorganisasian adalah terdiri daripada beberapa aspek iaitu, maklum balas individu, komunikasi antara jabatan, komunikasi pengarahan tugas, dan komunikasi sesama pekerja. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap komunikasi keorganisasian dalam kalangan penjawat awam semasa pandemik COVID-19. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji perhubungan antara kedua-dua pemboleh ubah iaitu komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam semasa pandemik COVID-19. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dan borang soal selidik telah diedarkan menggunakan pautan Google Form kepada 100 orang responden secara rawak melalui media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan Instagram pengkaji. Berdasarkan kepada analisis deskriptif, tahap komunikasi keorganisasian dalam kalangan penjawat awam semasa pandemik COVID-19 adalah pada tahap yang tinggi, manakala komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam semasa pandemik COVID-19 adalah pada tahap yang sederhana. Selain itu, analisis regresi mudah menunjukkan bahawa komunikasi keorganisasian mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen pekerja terhadap organisasi. Ini menunjukkan hubungan yang positif di antara komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam di Malaysia semasa pandemik COVID-19. Oleh itu, hipotesis alternatif adalah diterima yang mana wujud hubungan antara komunikasi keorganisasian dan komitmen pekerja terhadap organisasi dalam kalangan penjawat awam sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Komunikasi keorganisasian , Kepuasan komunikasi , Komitmen pekerja , Penjawat awam , Pandemik COVID-19
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8038 Professions (General). Professional employees
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 09:10
Last Modified: 14 Dec 2021 09:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31262

Actions (login required)

View Item View Item