Mohd Azzilan Akub (2021) Hubungan antara amalan pematuhan sop Covid-19 dan tekanan di tempat kerja: kajian kes jabatan bomba dan penyelamat Bandar Baru Selayang, Selangor Darul Ehsan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
Hubungan antara amalan pematuhan sop Covid-19.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
|
Text
Hubungan antara amalan pematuhan sop Covid-1924pages.pdf Download (215kB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji hubungan antara amalan pematuhan SOP COVID-19 dan tekanan di tempat kerja dalam kalangan petugas Jabatan Bomba Dan Penyelamat Bandar Baru Selayang, Selangor Darul Ehsan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap amalan pematuhan SOP COVID-19 di tempat kerja dan seterusnya mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara amalan pematuhan SOP COVID-19 dengan tekanan di tempat kerja dari aspek Kemurungan, Kegelisahan, dan tekanan semasa pandemik COVID-19. Kajian ini turut mengkaji perhubungan antara kedua-dua pemboleh ubah dalam kajian ini. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dan borang soal selidik telah diedarkan melalui Google Form kepada 42 responden terpilih. Pengukuran Pemboleh ubah adalah berdasarkan Skala likert dan Skala DASS 21 dengan bantuan aplikasi Statistical package for social science (SPSS) versi 27. Berdasarkan kepada analisis Kolerasi Spearman’s rho, Amalan Pematuhan SOP COVID-19 dari aspek Pemeriksaan Suhu Badan, Memakai Topeng Pelitup Muka, Mematuhi Penjarakan Sosial, dan Membasu tangan menggunakan sabun atau Hand Sanitizer tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tekanan di tempat kerja semasa pandemik COVID-19. Hasil keputusan kajian ini merupakan sumbangan penemuan baru dalam kajian hubungan amalan pematuhan SOP COVID-19 dan tekanan di tempat kerja semasa pandemik COVID-19.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Amalan Pematuhan SOP COVID-19 , Tekanan |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD7795-8027 Labor policy. Labor and the state |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 14 Dec 2021 09:24 |
Last Modified: | 14 Dec 2021 09:24 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31268 |
Actions (login required)
View Item |