Penggunaan kaedah permainan, buku nombor dan lembaran kerja dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak

Connie Cassy Ompok (2021) Penggunaan kaedah permainan, buku nombor dan lembaran kerja dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6. pp. 235-251. ISSN 2504 8562

[img] Text
Penggunaan kaedah permainan, buku nombor dan lembaran kerja dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak.pdf

Download (41kB)
[img] Text
Penggunaan kaedah permainan, buku nombor dan lembaran kerja dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (478kB)

Abstract

Menyediakan kanak-kanak untuk pendidikan matematik awal adalah penting. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pencapaian matematik awal, mengenal pasti dan membandingkan kesan tiga kaedah mengajar (permainan, buku nombor dan lembaran kerja) terhadap pencapaian matematik awal dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di daerah Tuaran, Sabah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pencapaian Matematik Awal (UPMA) yang telah diadaptasi daripada Ginsburg dan Baroody (2003) mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Seramai 1108 orang kanak-kanak prasekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah terlibat dalam kajian yang menggunakan kaedah kuasi eksperimen multi lokasi. Responden kajian terdiri daripada kanak-kanak prasekolah yang berumur 4+ dan 5+. 382 orang kanak-kanak mengikuti kaedah permainan, 349 orang kanak-kanak mengikuti kaedah buku nombor dan 377 orang kanak-kanak mengikuti kaedah lembaran kerja. Kanak-kanak prasekolah menduduki ujian pra, seterusnya adalah program intervensi selama 13 minggu dan diakhiri dengan ujian pasca. Statistik deskriptif dan statistik inferen (ujian-t bebas, ANOVAsatu hala dan ANCOVA) menggunakan SPSSversi-21 dengan mengambil kira markah ujian pra sebagai kovariat digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min markah yang signifikan dalam pencapaian matematik awal mengikut kaedah mengajar yang berbeza. Kaedah permainan menyumbang secara signifikan terhadap pencapaian matematik awal berbanding dengan kaedah buku nombor dan lembaran kerja.

Item Type: Article
Keyword: Permainan , Buku nombor , Lembaran kerja , Kanak-kanak , Matematik awal
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1141-1489 Kindergarten
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Nov 2021 16:11
Last Modified: 29 Nov 2021 16:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31272

Actions (login required)

View Item View Item