Pengaruh teknostres terhadap produktiviti pekerja bahagian perkhidmatan kerani di KWSP cawangan Kota Kinabalu Sabah

Muhammad Nurhaizal Abdul Gaai (2021) Pengaruh teknostres terhadap produktiviti pekerja bahagian perkhidmatan kerani di KWSP cawangan Kota Kinabalu Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Pengaruh teknostres terhadap produktiviti pekerja bahagian perkhidmatan kerani.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Pengaruh teknostres terhadap produktiviti pekerja bahagian perkhidmatan kerani24pages.pdf

Download (219kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pengaruh teknostres terhadap produktiviti dalam kalangan pekerja bahagian perkhidmatan kerani cawangan Kota Kinabalu Sabah. Tujuan kajian ini dijalankan pertamanya adalah untuk mengenalpasti tahap teknostres yang dialami pekerja disebabkan penggunaan teknologi dalam kalangan pekerja di KWSP cawangan Kota Kinabalu Sabah. Kajian ini turut mengkaji dan pengaruh teknostres terhadap produktiviti pekerja dengan mengguna dua pemboleh ubah. Pendekatan kuantitatif telah digunakan dan borang borang soal selidik telah disebarkan kepada 37 responden terpilih. Model Teknostres dan Produktiviti telah digunakan sebagai panduan asas dalam mengenalpasti tahap pengaruh teknostres dan produktiviti di tempat kerja. Berdasarkan hasil dapatan kepada tahap teknostres yang dialami pekerja, beban berlebihan tekno, serangan tekno, kerumitan tekno dan rasa tidak selamat tekno mempunyai tahap yang senderhana manakala bagi ketidakpastian tekno mempunyai tahap yang tinggi. Analisis regrasi mudah pula menunjukkan hanya ketidakpastian tekno sahaja mempunyai hubungan signifikan dengan produktiviti berbanding dimensi tekno yang lain. Model kajian pengkaji turut menyumbang sebanyak 65.4 peratus terhadap teknostres di tempat kerja dengan nilai signifikan .005. Hasil keputusan kajian merupakan sumbangan penemuan baru dalam kajian teknostres dan produktiviti.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Teknostres , Produktiviti , Beban berlebihan tekno , Serangan tekno , Kerumitan tekno , Rasa tidak selamat , Ketidakpastian tekno
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF176-176.5 Psychological tests and testing
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8038 Professions (General). Professional employees
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 09:30
Last Modified: 14 Dec 2021 09:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31277

Actions (login required)

View Item View Item