Impak dasar Work From Home (WFH) terhadap amalan keseimbangan kehidupan-kerja dalam kalangan Guru Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam semasa Pandemik Covid-19

Norfazila Jefri (2021) Impak dasar Work From Home (WFH) terhadap amalan keseimbangan kehidupan-kerja dalam kalangan Guru Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam semasa Pandemik Covid-19. Universiti Malaysia Sabah. (Submitted)

[img] Text
Impak dasar Work From Home (WFH) terhadap amalan keseimbangan kehidupan-kerja.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)
[img] Text
Impak dasar Work From Home (WFH) terhadap amalan keseimbangan kehidupan-kerja24pages.pdf

Download (456kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan keseimbangan kehidupan dan kerja dalam kalangan guru di Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam. Kajian ini turut mengkaji impak dasar Work From Home (WFH) terhadap amalan keseimbangan kehidupan-kerja dalam kalangan guru Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam semasa pandemik COVID-19. Pendekatan kualitatif telah digunakan iaitu melalui temubual secara dalam talian bersama enam orang informan. Informan dipilih secara bertujuan untuk memenuhi kehendak kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa amalan keseimbangan kehidupan-kerja guru di Kolej Tingkatan 6 Datuk Pengiran Galpam merangkumi aspek budaya kerja kompetitif, fleksibel dari segi ruang kerja, pengaturan masa dan jadual kerja dan bukan kerja yang baik. Kendatipun demikian, pengkaji mendapati bahawa pengaruh ketidakseimbangan kehidupan kerja seperti adanya gangguan teknikal, sosial dan luar waktu kerja mempengaruhi emosi dan prestasi guru di Kolej Datuk Pengiran Galpam. Seterusnya, hasil kajian mendapati bahawa impak positif dasar WFH dilaksanakan ialah menambahkan pengetahuan teknologi dan kualiti masa bersama keluarga. Manakala dari segi impak negatif, berlakunya peningkatan kos tambahan dan tugasan kerja yang multitasking. Hasil keputusan daripada kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan dan kesedaran kepada pihak organisasi pendidik untuk cakna dalam menitikberatkan keseimbangan kehidupan dan kerja kakitangannya.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Keseimbangan kehidupan kerja , Guru , Impak dasar work from home
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF511-593 Affection. Feeling. Emotion
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8038 Professions (General). Professional employees
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 09:46
Last Modified: 14 Dec 2021 09:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31287

Actions (login required)

View Item View Item