Hubungan efikasi kendiri kaunseling dan kompetensi kaunseling spiritual dalam kalangan kaunselor pelatih Universiti Malaysia Sabah

Aminullah Tanjol and Norafifah Bali (2021) Hubungan efikasi kendiri kaunseling dan kompetensi kaunseling spiritual dalam kalangan kaunselor pelatih Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
Hubungan efikasi kendiri kaunseling dan kompetensi kaunseling spiritual dalam kalangan kaunselor pelatih Universiti Malaysia Sabah-ABSTRACT.pdf

Download (57kB)
[img] Text
Hubungan efikasi kendiri kaunseling dan kompetensi kaunseling spiritual dalam kalangan kaunselor pelatih Universiti Malaysia Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (342kB) | Request a copy

Abstract

Spiritual mempunyai hubungan yang positif terhadap kesihatan fizikal, psikologi dan perkembangan individu seperti identiti, pandangan alam, pengurusan stres dan sebagainya. Bagaimanapun, kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa kebanyakan kaunselor pelatih tidak kompeten dalam mengintegrasikan pengetahuan spiritual dalam sesi kaunseling. Kajian-kajian berkenaan kaunseling spiritual telah banyak dilakukan di luar negara akan tetapi kajian dalam negara Malaysia berkenaan topik ini adalah kurang dan terhad. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara efikasi kendiri kaunseling dan kompetensi kaunseling spiritual dalam kalangan kaunselor pelatih. Efikasi kendiri kaunseling dipilih sebagai salah satu faktor atas cadangan para pengkaji yang lain. Reka bentuk kajian kuantitatif menggunakan kaedah soal selidik melibatkan kaunselor pelatih di Universiti Malaysia Sabah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kompetensi kaunseling , Kaunseling spiritual , Efikasi kendiri kaunseling , Kaunselor pelatih
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF636-637 Applied psychology
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Dec 2021 07:46
Last Modified: 17 Dec 2021 07:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31309

Actions (login required)

View Item View Item