Pengaruh gaya keibubapaan dan pengetahuan keagamaan ke atas kesediaan mengubah tingkah laku dalam kalangan remaja di Malaysia dan Brunei: persepsi sokongan sosial sebagai penyederhana

Khairani Kaharuddin and Mohd Dahlan A. Malek (2021) Pengaruh gaya keibubapaan dan pengetahuan keagamaan ke atas kesediaan mengubah tingkah laku dalam kalangan remaja di Malaysia dan Brunei: persepsi sokongan sosial sebagai penyederhana.

[img] Text
Pengaruh gaya keibubapaan dan pengetahuan keagamaan ke atas kesediaan mengubah tingkah laku dalam kalangan remaja di Malaysia dan Brunei-ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Pengaruh gaya keibubapaan dan pengetahuan keagamaan ke atas kesediaan mengubah tingkah laku dalam kalangan remaja di Malaysia dan Brunei.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian dijalankan bertujuan untuk meneroka pengaruh yang dimainkan oleh gaya keibubapaan dan pengetahuan keagamaan ke atas kesediaan mengubah tingkah laku dalam kalangan remaja di Malaysia dan Brunei. Dua jenis gaya keibubapaan yang dikaji adalah perhatian dan kawalan. Kajian ini juga melihat peranan persepsi sokongan sosial daripada tiga sumber iaitu individu signifikan, keluarga dan rakan sama ada sumber tersebut bertindak sebagai penyederhana ke atas hubungan gaya keibubapaan dan pengetahuan keagamaan dengan kesediaan mengubah tingkah laku remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan set soal selidik. Seramai 949 orang remaja yang dibahagikan kepada dua negara, iaitu Malaysia (702 orang) dan Brunei (247 orang). Responden terdiri daripada remaja yang berumur 18 hingga 21 tahun. Soal selidik yang digunakan adalah The Parental Bonding Instrument (PBI) untuk mengukur gaya keibubapaan, alat kajian mengukur pengetahuan keagamaan, Mutidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS) untuk mengukur persepsi sokongan sosial, dan Readiness for Change Assessment untuk mengukur kesediaan mengubah tingkah laku remaja. Hasil kajian mendapati bahawa pengaruh ibu secara perhatian menyumbang kepada kesediaan mengubah tingkah laku remaja di Malaysia, manakala di Brunei pula kawalan ibu yang menyumbang kepada kesediaan perubahan. Bagi gaya keibubapaan bapa di Malaysia didapati dimensi perhatian dan kawalan keduanya menyumbang kepada kesediaan perubahan, manakala di Brunei hanya kawalan bapa yang memberikan sumbangan pengaruh. Pengetahuan keagamaan didapati tidak menyumbang secara signifikan ke atas kesediaan mengubah tingkah laku remaja di Malaysia dan Brunei. Kajian ini juga mendapati persepsi sokongan sosial individu signifikan bertindak sebagai penyederhana dalam hubungan perhatian dan kawalan ibu dengan kesediaan mengubah tingkah laku remaja di Malaysia. Implikasi kajian ini menunjukkan kepentingan ibu bapa dalam memilih gaya keibubapaan yang betul. Gaya keibubapaan yang diamalkan sangat berperanan penting ke atas pemilihan tingkah laku atau kesediaan remaja untuk mengubah tingkah laku yang lebih baik

Item Type: Proceedings
Keyword: Gaya keibubapaan , Remaja , Pengetuhuan keagamaan , Sokongan sosial
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF712-724.85 Developmental psychology - Including infant psychology, child psychology, adolescence, adulthood
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ793-799.2 Youth. Adolescents. Teenagers
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Dec 2021 08:25
Last Modified: 17 Dec 2021 08:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31318

Actions (login required)

View Item View Item