Hubungan antara keseimbangan kerja - kehidupan dan kepuasan kerja dalam kalangan penjawat awam semasa Pandemik Covid-19

Nurreen Fassihah Ahmed (2021) Hubungan antara keseimbangan kerja - kehidupan dan kepuasan kerja dalam kalangan penjawat awam semasa Pandemik Covid-19. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Hubungan antara keseimbangan kerja - kehidupan dan kepuasan kerja.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)
[img] Text
Hubungan antara keseimbangan kerja - kehidupan dan kepuasan kerja24PAGES.pdf

Download (223kB)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara keseimbangan kerja-kehidupan dan kepuasan kerja dalam kalangan penjawat awam semasa pandemik COVID-19. Seramai 103 orang penjawat awam telah menjawab soal selidik yang diedarkan menerusi aplikasi Google Form meskipun anggaran yang ditetapkan hanya 100 orang responden sahaja. Rata-rata responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini terdiri daripada kalangan guru yang bergred 44. Manakala jumlah jawatan terendah yang dicatatkan pula tertumpu kepada penjawat awam yang berkhidmat di bawah sektor Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Seterusnya, setiap data yang diperolehi telah diproses menerusi penggunaan perisian “Statistical Package For Social Science” (SPSS) versi 27. Hasil penyelidikan mendapati bahawa kebanyakan responden mempunyai tahap keseimbangan kerja-kehidupan dan kepuasan kerja yang sederhana. Hasil kajian ini juga jelas menunjukkan bahawa para responden berharap agar mereka mempunyai keseimbangan antara kehidupan sosial bagi meluangkan masa untuk bersama-sama dengan keluarga. Dari segi kepuasan kerja pula, rata-rata responden berpuas hati dengan keadaan semasa menjalankan tugasan di tempat kerja kerana mereka berasa senang untuk bekerjasama dengan orang sekeliling. Seterusnya, Analisis Korelasi Pearson digunakan untuk mengkaji hubungan antara pembolehubah tidak bersandar dengan pembolehubah bersandar yang terdapat dalam kajian ini. Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh pengkaji, terdapat wujudnya hubungan yang signifikan antara kedua-dua aspek iaitu dengan keseimbangan kerja-kehidupan dan kepuasan kerja dalam kalangan penjawat awam semasa pandemik ini.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Keseimbangan kerja-kehidupan , Kepuasan kerja , Penjawat awam , Konflik Kerja-Keluarga , Teori hierarki keperluan Maslow , Pandemik COVID-19
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8038 Professions (General). Professional employees
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 15:09
Last Modified: 14 Dec 2021 15:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31329

Actions (login required)

View Item View Item