Krisis pengangguran belia yang menceburi ekonomi GIG semasa Pandemik Covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah

Nurul Hafiza Labin (2021) Krisis pengangguran belia yang menceburi ekonomi GIG semasa Pandemik Covid-19 di Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Krisis pengangguran belia yang menceburi ekonomi GIG semasa Pandemik Covid-19 di Kota Kinabalu.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)
[img] Text
Krisis pengangguran belia yang menceburi ekonomi GIG semasa Pandemik Covid-19 di Kota Kinabalu24PGS.pdf

Download (261kB)

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka krisis pengangguran belia yang menceburi ekonomi gig semasa pandemik COVID-19 di Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini dijalankan kerana berlaku peningkatan kadar pengangguran terutamanya dalam kalangan belia di Sabah sepanjang pandemik COVID-19 berlaku. Oleh itu, kajian ini ingin mengenalpasti faktor pengangguran belia menceburi ekonomi gig, bentuk-bentuk ketaksamarataan sebelum dan semasa menganggur, serta inisiatif belia dan tindak balas kerajaan bagi mengatasi pengangguran tersebut. Seramai enam informan dipilih dan ditemu bual. Bagi memperoleh data, kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual bagi menjana data dan maklumat yang telah dianalisis. Berdasarkan analisis dapatan kajian, faktor ketidakteguhan kondisi pekerjaan, pasaran kerja, pandemik COVID-19, dan individu telah mempengaruhi pengangguran dialami informan. Manakala bentuk ketaksamarataan kelas sosial utama yang banyak dialami sebelum dan semasa menganggur adalah pemerolehan pendapatan. Bagi mengatasi pengangguran pula, belia cenderung fokus kepada pengembangan kemahiran dan kerjaya, serta bersuara bagi mengatasi pengangguran dialami. Manakala pihak kerajaan bertindak balas dengan melaksanakan program kemahiran dan kerjaya dalam membendung masalah tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pengangguran , Belia , Ekonomi gig , Pekerja bebas , Ketidakteguhan pekerjaan , COVID-19
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD5701-6000.9 Labor market. Labor supply. Labor demand Including unemployment, manpower policy, occupational training, employment agencies
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 15:15
Last Modified: 14 Dec 2021 15:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31337

Actions (login required)

View Item View Item