Hubungan antara kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja sektor awam semasa Pandemik Covid-19

Yenny Yesstika Edmund (2021) Hubungan antara kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja sektor awam semasa Pandemik Covid-19. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Hubungan antara kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja sektor awam24PAGES.pdf

Download (505kB)
[img] Text
Hubungan antara kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja sektor awam.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja sektor awam semasa pandemik COVID-19. Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada 100 orang iaitu daripada kalangan pekerja sektor awam yang telah dipilih berdasarkan kepada persampelan rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan Minnessota Satisfaction Questionnaire untuk mengukur kepuasan kerja. Manakala, soal selidik prestasi kerja digunankan untuk mengukur tahap prestasi kerja semasa pandemik COVID-19. Data-data yang telah diperolehi dalam kajian ini di analisis dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif dan regrasi mudah (linear) melalui Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26. Hasil daripada analisis kajian dilihat daripada keputusan kajian telah menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan positif dan signifikan antara kepuasan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan pekerja sektor awam semasa pandemik COVID-19 iaitu β=0.749, T=11.178, dan Sig=0.000. Maka dengan itu, dilihat bahawa kepuasan kerja yang tinggi akan turut mempengaruhi pekerja untuk memperlihatkan prestasi kerja yang lebih baik dalam organisasi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Kepuasan kerja , Prestasi kerja , Pekerja sektor awam , Pandemik COVID-19
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF501-505 Motivation
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8038 Professions (General). Professional employees
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 14 Dec 2021 15:21
Last Modified: 14 Dec 2021 15:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31376

Actions (login required)

View Item View Item