Ramlah Mandu (2021) Pengaruh amalan bekerja dari rumah semasa perintah kawalan pergerakan terhadap motivasi kerja dalam kalangan staf sokongan dan pelaksana di Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
Pengaruh amalan bekerja dari rumah semasa perintah kawalan pergerakan24PAGES.pdf Download (178kB) |
|
Text
Pengaruh amalan bekerja dari rumah semasa perintah kawalan pergerakan.pdf Restricted to Registered users only Download (880kB) |
Abstract
Pandemik Covid-19 atau juga dikenali sebagai Novel Koronavirus ini telah membuat sebahagian besar tenaga kerja tidak dapat bergerak ke tempat kerja mereka. Hal ini bertujuan untuk membantu usaha pemerintah tempatan bagi mengurangkan kebarangkalian penyebaran virus ini di tempat kerja. Di Malaysia, hanya sektor perkhidmatan penting sahaja dibenarkan untuk terus beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bekerja dari rumah telah menjadi keutamaan dasar bagi kebanyakan kerajaan. Dengan berbuat demikian, dasar-dasar tersebut hendaklah sentiasa mengambil kira praktikaliti bagi kedua-dua pihak iaitu majikan dan pekerja. Walau bagaimanapun, keadaan semasa ini memberikan gambaran tentang seberapa baiknya bekerja dari rumah dan mungkin memainkan peranan penting yang dapat mempengaruhi motivasi pekerja semasa bekerja dari rumah. Oleh itu, objektif dalam penyelidikan yang dilakukan ini adalah untuk mengenal pasti cabaran yang mungkin dihadapi oleh pekerja dalam kalangan kakitangan sokongan dan pelaksana Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan mengkaji faktor yang mempengaruhi motivasi mereka. Metodologi yang digunakan dalam mencapai objektif kajian ini adalah pendekatan kualitatif dengan melakukan temu bual bersama tiga (3) orang informan yang merupakan kakitangan sokongan dan pelaksana di UMS. Hasil penyelidikan ini mendapati bahawa terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh pekerja semasa bekerja dari rumah sepanjang pelaksanaan PKP. Antaranya ialah persekitaran kerja yang kurang kondusif, kekurangan peralatan dan sumber keperluan pejabat dan pengurusan masa kerja-kehidupan yang menentu. Seterusnya, berdasarkan analisis dalam penyelidikan ini, penyelidik mendapati bahawa faktor yang mempengaruhi motivasi pekerja semasa bekerja dari rumah adalah komunikasi yang berkesan, maklum balas daripada pihak pengurusan, kepuasan kerja, serta sokongan dan dorongan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Bekerja dari rumah , Motivasi , Pandemik Covid-19 , Kakitangan sokongan dan pelaksana , Cabaran , Faktor pendorong motivasi , Perintah kawalan pergerakan |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology > BF501-505 Motivation |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | NORAINI LABUK - |
Date Deposited: | 14 Dec 2021 15:43 |
Last Modified: | 14 Dec 2021 15:43 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31384 |
Actions (login required)
View Item |