Kesahan kandungan modul intervensi kaunseling berfokuskan penyelesaian efikasi kendiri dan motivasi akademik

Abd Halim Tahir and Getrude Cosmas and Patricia Joseph Kimong (2021) Kesahan kandungan modul intervensi kaunseling berfokuskan penyelesaian efikasi kendiri dan motivasi akademik.

[img] Text
Kesahan kandungan modul intervensi kaunseling berfokuskan penyelesaian efikasi kendiri dan motivasi akademik-ABSTRACT.pdf

Download (105kB)
[img] Text
Kesahan kandungan modul intervensi kaunseling berfokuskan penyelesaian efikasi kendiri dan motivasi akademik.pdf
Restricted to Registered users only

Download (270kB) | Request a copy

Abstract

Efikasi kendiri dan motivasi akademik merupakan dua elemen yang sangat penting dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah konkrit seperti dalam menyelesaikan masalah yang mencabar dalam akademik mahupun kehidupan. Dalam usaha untuk meningkatkan dua elemen ini dalam kalangan pelajar sekolah, satu Modul Intervensi Kaunseling berfokuskan penyelesaian efikasi kendiri dan motivasi akademik dibentuk. Modul ini dibentuk bagi membantu pelajar memperolehi kemahiran dalam menyelesaikan cabaran hidup yang dihadapi dengan mengenal pasti sumber dalaman seperti kemahiran, kekuatan dan kebolehan individu. Kajian ini bertujuan mendapatkan kesahan kandungan Modul Intervensi Kaunseling Berfokus Penyelesaian Efikasi Kendiri dan Motivasi Akademik. Proses pembinaan modul ini adalah berdasarkan kepada Model Pembinaan Modul Sidek (2001) dan menggunakan pendekatan Teori Solution Focused Brief Therapy (SFBT). SFBT adalah satu pendekatan berfokuskan kepada matlamat yang menggabungkan prinsip dan amalan psikologi positif untuk membantu individu ke arah perubahan dengan membina penyelesaian yang lebih konkrit berbanding memberikan fokus kepada masalah yang dialami. Dalam memantapkan kandungan modul ini, metod kesahan kandungan dinilai oleh tiga orang pakar psikologi dan kaunseling. Ketiga-tiga pakar penilai mempunyai kriteria seperti pengalaman luas, kepakaran professional dan bilangan penerbitan seperti yang disaranan oleh Rubio et al, (2003). Modul ini terdiri daripada tujuh langkah utama pelaksanaan sesi kaunseling berpandukan cadangan pendekatan SFBC oleh Selingman (2006). Modul ini mengandungi 17 aktiviti dan lapan strategi utama SFBT dengan keseluruhan jumlah masa pelaksanaan modul adalah sebanyak 12 jam 20 minit. Penilaian daripada setiap pakar mendapati nilai kesahan kandungan yang diperoleh adalah 84.24 peratus. Ini dinilai dengan merujuk kepada pengiraan skor oleh Sidek dan Jamaludin (2005). Secara keseluruhannya cadangan pakar penilai adalah positif dan banyak membantu pengkaji dalam mengubah suai dan memperbaiki modul KBP_EKMA selanjutnya. Hasil kesahan kandungan yang diperoleh dan juga komen daripada penilai, langkah seterusnya bagi memantapkan Modul ini adalah dengan membuat penambahbaikan dan seterusnya perlaksanaan Modul bagi menguji keberkesanannya menerusi kajian kuasi eksperimental. Ringkasnya, modul KBP_EKMA adalah dicadangkan untuk kajian rintis terhadap pelajar yang berhadapan dengan isu efikasi kendiri dan motivasi akademik di sekolah melalui pendekatan kaunseling SFBT.

Item Type: Proceedings
Keyword: Analisis kesahan kandungan , Solution focused brief counseling , SFBC , Efikasi kendiri , Motivasi akademik
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 21 Dec 2021 09:09
Last Modified: 21 Dec 2021 09:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31404

Actions (login required)

View Item View Item