Norzihan Ayub and Patricia Joseph Kimong and Carmella E. Ading and Azahar Che Latiff and Norafifah Bali (2021) Keberkesanan pengurusan kemarahan terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan penagih dadah.
Text
Keberkesanan pengurusan kemarahan terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan penagih dadah-ABSTRACT.pdf Download (61kB) |
|
Text
KEBERKESANAN PENGURUSAN KEMARAHAN TERHADAP KEMARAHAN DAN AGRESIF DALAM KALANGAN PENAGIH DADAH.pdf Restricted to Registered users only Download (269kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan pengurusan kemarahan terhadap kemarahan dan agresif dalam kalangan penagih dadah. Seramai 20 orang responden lelaki terlibat dalam kajian ini. Responden telah dibahagikan kepada dua kelompok iaitu kelompok rawatan (N=10) dan kelompok kawalan (N =10) menerusi kaedah persampelan bertujuan. Kelompok rawatan telah menerima sebanyak lapan sesi kelompok intervensi. Novaco Anger scale and Provocation Inventory (NAS-PI) telah digunakan untuk mengukur kemarahan responden dan Aggression Questionnaire (AQ) telah digunakan untuk mengukur tingkah laku agresif responden. Data telah dianalisis dengan menggunakan Analysis of covariance (ANCOVA) pada tahap signifikan 0.05. Keputusan telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min ujian pra dan min ujian pasca pada skala kemarahan dan subskala kemarahan iaitu kognitif, kebangkitan dan tingkah laku. Sementara itu tidak ada perbezaan pada subskala kemarahan iaitu pengaturan kemarahan yang ditunjukkan oleh kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Keputusan turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min ujian pra dan min ujian pasca pada skala provokasi. Akhir sekali keputusan menunjukkan terdapat perbezaan pada min ujian pra dan min ujian pasca ke atas agresif. Berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa pendekatan pengurusan kemarahan merupakan satu intervensi peringkat awal dalam menangani kemarahan dan agresif khususnya dalam kalangan penagih dadah. Implikasi utama dapatan kajian dan beberapa saranan untuk kajian masa depan turut dibincangkan.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Pengurusan kemarahan , Kemarahan , Agresif , Penagih dadah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV5800-5840 Drug habits. Drug abuse |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 21 Dec 2021 09:55 |
Last Modified: | 21 Dec 2021 09:55 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31432 |
Actions (login required)
View Item |