Pengalaman berhadapan dengan bencana banjir di Manek Urai, Kelantan

Mohd Dahlan A. Malek and Ferlis Bahari and Ida Shafinaz Mohamed Kamil and Nurul Auni (2016) Pengalaman berhadapan dengan bencana banjir di Manek Urai, Kelantan.

[img] Text
Pengalaman berhadapan dengan bencana banjir di Manek Urai, Kelantan-ABSTRACT.pdf

Download (102kB)
[img] Text
Pengalaman Berhadapan Dengan Bencana Banjir Di Manek Urai, Kelantan.pdf
Restricted to Registered users only

Download (681kB) | Request a copy

Abstract

Musibah banjir luar biasa pada penghujung tahun 2014 berlanjutan sehingga awal tahu 2015 telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda, ekologi malah menyebabkan masalah psikologikal dalam kalangan mangsa banjir. Berdasarkan rekod dari Majlis Keselamatan Negara (2015), jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencecah bilangan 541,896 orang seluruh negara dan rekod mangsa tertinggi dicatatkan di negeri Kelantan. Kemusnahan teruk secara realiti ini dapat dilihat dengan mata kasar, akan tetapi terdapat persoalan-persoalan yang menjadi tanda tanya antaranya sejauh manakah persediaan mereka aspek fizikal dan mental dalam menghadapi musibah yang menimpa ini? Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengalaman mangsa dalam berhadapan dengan bencana banjir. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah temubual untuk mengetahui dengan mendalam pengalaman mereka berhadapan dengan bencana banjir. Seramai 29 orang responden kajian yang berada di lokasi sekitar Manek Urai termasuk Kg. Manek Urai Baru dan Kg. Manek Urai Lama, Kuala Krai, Kelantan telah ditemuramah. Responden kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Hasil analisis menunjukkan terdapat beberapa tema utama yang terbina iaitu (i) perasaan (ii) reaksi psikososial, (iii) strategi daya tindak dan (iv) ketahanan diri. Hasil dapatan ini juga menunjukkan rata-rata responden memberikan respon mengenai konsep keagamaan dalam mengatasi permasalahan dalam menghadapi bencana banjir.

Item Type: Proceedings
Keyword: Banjir , Perasaan , Reaksi psikososial , Strategi daya tindak dan ketahanan diri
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV551.2-639 Emergency management > HV553-639 Relief in case of disasters > HV599-639 Special types of disasters
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Dec 2021 17:44
Last Modified: 28 Dec 2021 17:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31552

Actions (login required)

View Item View Item