Tingkah laku mencederakan diri di Kota Kinabalu: Satu kajian dalam kalangan remaja

Norsuhada Kamaludin and Guan Teik Ee (2016) Tingkah laku mencederakan diri di Kota Kinabalu: Satu kajian dalam kalangan remaja.

[img] Text
Tingkah laku mencederakan diri di Kota Kinabalu, Satu kajian dalam kalangan remaja-ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
Tingkah Laku Mencederakan Diri Di Kota Kinabalu, Satu Kajian Dalam Kalangan Remaja.pdf
Restricted to Registered users only

Download (437kB) | Request a copy

Abstract

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk menyelidik sama ada tingkah laku mencederakan diri wujud di Kota Kinabalu atau tidak. Kajian ini dijalankan adalah kerana pengkaji telah mendapati tiada lagi kajian terhadap tingkah laku mencederakan diri dalam kalangan remaja di Malaysia timur dan hanya terdapat kajian di Malaysia barat sahaja. Seramai 386 orang pelajar yang berusia 13 hingga 16 tahun telah dijadikan responden iaitu 169 pelajar lelaki dan 217 pelajar perempuan. Kaedah survei iaitu dengan menggunakan soal selidik Pentaksiran Tingkah Laku Mencederakan Diri atau dinamakan Self-Hurt Assessment (Guan,2014) telah digunakan bagi mengukur peratusan jenis-jenis tingkah laku mencederakan diri. Hasil kajian mendapati 67.36 % (260) pelajar mempunyai tingkah laku mencederakan diri. Tiga jenis tingkah laku yang tinggi dilakukan oleh remaja adalah “ menggigit diri saya contohnya mulut atau bibir” (31.1%) seterusnya kedua tertinggi ialah “menggaru” (29.5%) dan ketiga tertinggi iaitu “ menggigit kuku saya” (29.3%). seterusnya, terdapat tiga sebab utama yang dinyatakan oleh responden dan memperoleh peratusan yang sama iaitu (97.7%) adalah “ untuk menghukum diri”, “untuk mengelakkan diri daripada aktiviti lain” dan “untuk mengelakkan diri daripada bersama dengan orang lain.

Item Type: Proceedings
Keyword: Jenis-jenis tingkah laku mencederakan diri , Sebab-sebab mencederakan diri , Remaja
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ793-799.2 Youth. Adolescents. Teenagers
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Dec 2021 17:48
Last Modified: 28 Dec 2021 17:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31555

Actions (login required)

View Item View Item