Kepemimpinan pengajaran guru dan efikasi guru di Wilayah Persekutuan Labuan

Juraidah Manggul and Mohd Khairuddin Abdullah @Jerry Abdullah (2016) Kepemimpinan pengajaran guru dan efikasi guru di Wilayah Persekutuan Labuan.

[img] Text
Kepemimpinan pengajaran guru dan efikasi guru di Wilayah Persekutuan Labuan-ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
KEPEMIMPINAN PENGAJARAN GURU DAN EFIKASI GURU DI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.pdf
Restricted to Registered users only

Download (835kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan kepemimpinan pengajaran guru dan efikasi guru di Wilayah Persekutuan (WP.) Labuan. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah korelasi – deskriptif. Responden kajian terdiri daripada 406 orang guru Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang mengajar di WP. Labuan. Satu set soal selidik yang menggunakan skala likert digunakan untuk mendapatkan maklum balas responden. Data dianalisis menggunakan Statistical Program for Social Science (SPSS). Kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi seperti min, kekerapan, sisihan piawai, ANOVA Sehala dan korelasi Pearson dioperasikan untuk menganalisis hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan (i) skor min kepemimpinan pengajaran dan efikasi guru pada tahap yang tinggi. (ii) analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepemimpinan pengajaran guru dengan efikasi guru (r=.55,p<.05 (iii) analisis ANOVA Sehala menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kepemimpinan pengajaran guru dan efikasi guru berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kepemimpinan , Pengajaran dan efikasi guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel
Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA299.6-433 Analysis
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Dec 2021 18:02
Last Modified: 28 Dec 2021 18:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31563

Actions (login required)

View Item View Item