Raihan Anas and Rosazman Hussin and Badariah Ab Rahman (2019) Program pemulihan pelancongan pasca bencana gempa bumi 2015 di sekitar pinggiran gunung kinabalu, kundasang: cabaran dan strategi. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 5. pp. 70-85. ISSN 2462-2095
Text
Program pemulihan pelancongan pasca bencana gempa bumi 2015 di sekitar pinggiran gunung kinabalu, kundasang.pdf Download (38kB) |
|
Text
Program pemulihan pelancongan pasca bencana gempa bumi 2015 di sekitar pinggiran gunung kinabalu, kundasang1.pdf Restricted to Registered users only Download (502kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini adalah tentang program pemulihan pelancongan pasca bencana gempa bumi di Kundasang yang terletak di pinggiran Gunung Kinabalu, Ranau Sabah.Gempa bumi yang berlaku pada 05 Jun 2015 di kawasan Gunung Kinabalu telah menyebabkan aktiviti pelancongan di sekitar Kundasang telah terjejas. Oleh itu, kajian ini meninjau program pemulihan pelancongan pasca bencana yang dilakukan oleh ahli komuniti setempat untuk memulihkan semula produk pelancongan yang sedia ada. Pendekatan utama kajian ini adalah pendekatan kualitatif. Kaedah kutipan data seperti temubual mendalam kepada tujuh orang informan yang melibatkan ahli komuniti yang berkepentingan. Selain itu, pemerhatian di lapangan telah diaplikasikan untuk mendapatkan data yang lebih mendalam bagi kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti di Kampung Mesilou Kundasang telah terlibat secara langsung dan aktif dalam program pemulihan pelancongan pasca bencana. Hasil kajian mendapati bahawa wujud isu serta cabaran yang dihadapi oleh ahli komuniti dimana isu dan cabaran yang dihadapi adalah berbeza dalam proses melaksanakan dan semasa melaksanakan program pemulihan pelancongan pasca bencana gempa bumi di Kundasang Sabah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Pelancongan , Komuniti setempat , Cabaran , Program Pemulihan Pasca Bencana , Gempa bumi |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE500-639.5 Dynamic and structural geology > QE521-545 Volcanoes and earthquakes |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 28 Dec 2021 16:01 |
Last Modified: | 28 Dec 2021 16:01 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31569 |
Actions (login required)
View Item |