Zulraidee Sinin (2008) Kajian sebatian meruap daripada rumpai laut jenis eucheuma cottonii dan eucheuma spinosum -Analisis GC-FID. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
Text
Kajian sebatian meruap daripada rumpai laut jenis -abstract.pdf Download (87kB) |
|
Text
Kajian sebatian meruap daripada rumpai laut jenis eucheuma cottonii dan eucheuma spinosum -analisis gc-fid.Fulltext.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Matlamat kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji bahan meruap daripada rumpai laut jenis E.spinosum dan E.cottonii serta mengkaji kesan pengeringan terhadap komposisi bahan meruap daripada kedua-dua jenis rumpai laut tersebut. Bahan meruap diekstrak daripada dua jenis rumpai laut iaitu E.spinosum dan E.cottonii basil daripada dua kaedah pengeringan yang berbeza iaitu pengeringan menggunakan matahari dan pengeringan menggunakan ketuhar untuk setiap jenis rumpai laut. Bahan meruap daripada rumpai laut tersebut diestrak menggunakan Supercritical Fluid Extraction (SFE) dan disimpan di dalam pelarut diklorometana sebelum di analisa menggunakan Gas Chromatography -Flame Ionization Detector (GC-FID). Keputusan kajian ini menunjukkan komposisi bahan meruap di dalam setiap jenis rumpai laut tersebut berbeza dan didapati pengeringan menggunakan cahaya matahari menghasilkan lebih banyak bahan meruap daripada pengeringan menggunakan ketuhar. Daripada keputusan seluruhan dapat dirumuskan bahawa bahan meruap yang hadir di dalam rumpai laut bergantung pada jenis rumpai laut dan kehadiran cahaya matahari yang amat perlu untuk pembinaan bahan meruap daripada rumpai laut.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Sebatian meruap , Rumpai laut , Pengeringan |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA299.6-433 Analysis Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany |
Department: | FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 07 Jan 2022 09:11 |
Last Modified: | 07 Jun 2022 10:28 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31580 |
Actions (login required)
View Item |