Nurul Hudani Md. Nawi and Puteri Hayati Megat Ahmad and Balan Rathakrishan and Mohd Azhar Md Nor (2016) Hubungan faktor situasi keluarga (konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri di kalangan pelajar bermasalah.
Text
Hubungan faktor situasi keluarga (konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri di kalangan pelajar bermasalah-ABSTRACT.pdf Download (62kB) |
|
Text
Hubungan Faktor Situasi Keluarga (Konflik Keluarga) Dengan Penghargaan Kendiri Di Kalangan Pelajar Bermasalah.pdf Restricted to Registered users only Download (574kB) | Request a copy |
Abstract
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji faktor situasi keluarga (kawalan, keperihatinan sosial, konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri di kalangan pelajar bermasalah sekolah menengah di pedalaman pantai timur Sabah. Seramai 494 orang pelajar terlibat dalam kajian ini (349 = pelajar lelaki; 145 = pelajar perempuan). Alat kajian yang digunakan adalah Beck Codependence Assessment Scale (BCAS) untuk mengukur kebergantungan pelajar dan Rosenberg Self –Esteem (RSE) bagi melihat penghargaan kendiri. Dapatan kajian menunjukkan penghargaan kendiri dikalangan pelajar yang bermasalah adalah berada pada tahap sederhana iaitu 69.2 %. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor situasi keluarga (konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri (r = .22). Hubungan bagi pemboleh ubah konflik keluarga ke atas penghargaan kendiri menjelaskan semakin ketara lagi konflik keluarga yang belaku dalam keluarga, makin tinggi subjek menilai diri sendiri. Misalnya, semakin banyak faktor perselisihan dan ketidaksefahaman antara ahli keluarga maka semakin tinggi penghargaan kendiri yang dimiliki oleh pelajar yang bermasalah. Walau bagaimana pun tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi faktor situasi keluarga (kawalan dan keperihatinan sosial) dengan penghargaan kendiri. Ini menunjukkan pelajar– pelajar yang bermasalah ini perlu diberi perhatian yang lebih serius oleh pihak sekolah terutama dengan menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk maju dan berjaya dengan pelajar lain.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Faktor situasi keluarga , Penghargaan kendiri , Pelajar bermasalah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ799.5-799.9 Young men and women |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 07 Jan 2022 09:35 |
Last Modified: | 07 Jan 2022 09:35 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31588 |
Actions (login required)
View Item |