Pengaruh gaya keibubapaan terhadap konsep kendiri dalam kalangan remaja di Sabah

Aminuddin Ibrahim Lastar and Cassyndra Elsharon Asui (2016) Pengaruh gaya keibubapaan terhadap konsep kendiri dalam kalangan remaja di Sabah.

[img] Text
Pengaruh gaya keibubapaan terhadap konsep kendiri dalam kalangan remaja di Sabah-ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
PENGARUH GAYA KEIBUBAPAAN TERHADAP KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN REMAJA DI SABAH.pdf
Restricted to Registered users only

Download (679kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh gaya keibubapaan terhadap konsep kendiri dalam kalangan remaja. Kajian ini telah dijalankan di sekitar kawasan Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah yang melibatkan seramai 60 orang remaja. Soal selidik ‘Parental Authority Questionnaire’ (PAQ) oleh Buri, (1991) dan ‘Tennessee Self-Concept Scale’ (TSCS) oleh Fitts dan Warren, (1996) telah digunakan dalam kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Ujian-t bebas dan Regresi mudah melalui program SPSS V 21. Keputusan data analisis menunjukkan bahawa jantina tidak memainkan peranan yang penting terhadap gaya keibubapaan yang memungkinkan pengaruh terhadap konsep kendiri remaja. Sebaliknya, hasil kajian menunjukkan bahawa gaya keibubapaan jenis authoritarian mempunyai pengaruh terhadap konsep kendiri dari aspek etika dan moral remaja. Penegasan yang dikenakan ke atas remaja tanpa mengira jantina didapati mampu untuk menghalang mereka dari terus terjerumus ke dalam kancah sosial yang akan mendatangkan masalah kepada mereka dan juga ibubapa.

Item Type: Proceedings
Keyword: Pengaruh gaya keibubapaan , Konsep kendiri , Remaja
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF1-990 Psychology
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ793-799.2 Youth. Adolescents. Teenagers
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Jan 2022 09:43
Last Modified: 07 Jan 2022 09:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31589

Actions (login required)

View Item View Item