Hubungan antara kepentingan nilai dengan kesejahteraan hidup pelajar universiti di Sabah

Mazni Mustapha and Mahirah Masdin (2016) Hubungan antara kepentingan nilai dengan kesejahteraan hidup pelajar universiti di Sabah.

[img] Text
Hubungan antara kepentingan nilai dengan kesejahteraan hidup pelajar universiti di Sabah-ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
HUBUNGAN ANTARA KEPENTINGAN NILAI DENGAN KESEJAHTERAAN HIDUP PELAJAR UNIVERSITI DI SABAH.pdf
Restricted to Registered users only

Download (487kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki hubungan kepentingan nilai dengan kesejahteraan hidup pelajar universiti di Sabah, dan meneroka perbandingan hubungan ini menerusi dua instrumen kepentingan nilai. Peserta kajian adalah terdiri daripda 163 pelajar tahun pertama di sebuah universiti di Sabah. Mereka diminta melengkapkan satu set soal selidik yang mengandungi empat skala, iaitu Potraits Value Questionnaire (PVQ) dan Schwatrz Value Survey (SVS) bagi mengukur kepentingan nilai, dan Positive Affective and Negative Affective Schedule (PANAS) serta Satisfaction with Life Scale (SWLS), yang masing-masingnya mengukur tahap afek positif dan negatif, serta kepuasan hidup. Data dianalisis menggunakan kaedah korelasi Pearson. Manakala, instrumen dengan nilai pekali hubungan yang paling kuat dalam perkaitan antara kepentingan nilai dan indikator-indikator kesejahteraan hidup dianggap lebih berpotensi untuk digunakan dalam konteks kajian ini. Data dianalisis menggunakan Statistical Packages Social Science (SPSS) versi 21.0. Keputusan menunjukkan bahawa kepentingan nilai berdasarkan 10 nilai utama alat kajian PVQ berkorelasi secara negatif dengan afek positif dan kepuasan hidup, dan hanya nilai keselamatan berkorelasi secara negatif dengan afekt negatif. Manakala, kepentingan nilai daripada 10 nilai alat kajian SVS menunjukkan hubungan yang positif dengan afek positif, dan tiada satupun nilai yang berkorelasi dengan afek negatif. Nilai kuasa, hala tuju diri, kebajikan, keselamatan, stimulasi, pematuhan, pencapaian dan tradisi berkorelasi signifikan positif dengan kepuasan hidup, namun nilai hedonism tidak menunjukkan korelasi yang signifikan. Secara kesimpulannya, kepentingan nilai menunjukkan perkaitan dengan kesejahteraan hidup pelajar dalam konteks kajian ini, dan penggunaan instrumen PVQ berbanding dengan SVS dilihat lebih berpotensi untuk digunakan dalam konteks pelajar di peringkat pengajian yang lebih rendah.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kepentingan nilai , Afek positif-negatif , Kepuasan hidup , Kesejahteraan hidup , Pelajar
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education
Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA299.6-433 Analysis
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Jan 2022 07:45
Last Modified: 10 Jan 2022 07:45
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31599

Actions (login required)

View Item View Item