Pembentukan dan pengujian kebolehpercayaan ketekalan dalaman instrumen model sosial-perubatan ketidakupayaan (IMS-PK) orang kurang upaya di Malaysia

Lineker Ak Takom and Ferlis Bahari and Jasmine Adela Mutang and Lailawati Madlan @ Endalan and Mohd. Dahlan A. Malek and Rosnah Ismail and Fariz A. Rani (2016) Pembentukan dan pengujian kebolehpercayaan ketekalan dalaman instrumen model sosial-perubatan ketidakupayaan (IMS-PK) orang kurang upaya di Malaysia.

[img] Text
Pembentukan dan pengujian kebolehpercayaan ketekalan dalaman instrumen model sosial-ABSTRACT.pdf

Download (73kB)
[img] Text
PEMBENTUKAN DAN PENGUJIAN KEBOLEHPERCAYAAN KETEKALAN DALAMAN INSTRUMEN MODEL SOSIAL-PERUBATAN KETIDAKUPAYAAN (IMS-PK) ORANG KURANG UPAYA DI MALAYSIA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (545kB) | Request a copy

Abstract

Instrumen Model Sosial – Perubatan Ketidakupayaan (IMS-PK) telah dibentuk melalui hasil kajian kualitatif ke atas golongan OKU, ibu bapa OKU dan bukan OKU iaitu seramai 26 orang menggunakan tujuh langkah pembentukan instrumen baru kajian seperti yang dicadangkan oleh Cresswell dan Plano Clark (2011). IMS-PK telah dibentuk sendiri oleh kumpulan penyelidik dan dibahagikan kepada tiga bahagian bagi mengukur perspektif golongan OKU (Skala Model SosioPerubatan-Versi OKU, SMSP- VOKU), ibu bapa OKU (Skala Model SosioPerubatan-Versi IBOKU, SMSP-VIBOKU) dan bukan OKU (Skala Model SosioPerubatan-Versi Bukan OKU, SMSP-VBOKU). Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menguji kebolehpercayaan ketekalan dalaman SMSP-VOKU, SMSP-VIBOKU dan SMSP- VBOKU. Seramai 577 responden (106 OKU, 131 Ibu Bapa OKU, 340 Bukan OKU) telah dijadikan responden kajian. Analisis kebolehpercayaan ketekalan dalaman diuji menggunakan kaedah pekali Cronbach Alpha dan Split-Half. Kajian mendapati ketiga-tiga skala yang dibentuk mempunyai tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang baik dan tinggi. Pekali Cronbach Alpha bagi SMSP-VOKU, SMSP-VIBOKU dan SMSP-VBOKU masing-masing mencatat 0.82, 0.78 dan 0.70 bagi pekali Cronbach Alpha dan 0.77, 0.76 dan 0.52 bagi pekali Split-Half. Pembentukan IMS-PK memberi implikasi kepada bidang Psikologi yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan OKU di Malaysia.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kebolehpercayaan ketekalan dalaman , Orang kurang upaya , Model sosial-perubatan
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV697-4959 Protection, assistance and relief > HV697-3024 Special classes > HV1551-3024 People with disabilities: Including blind, deaf, people with physical and mental disabilities
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 10 Jan 2022 07:51
Last Modified: 10 Jan 2022 07:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31604

Actions (login required)

View Item View Item