Pengetahuan dan kesedaran menunaikan Zakat: tinjauan awal di kalangan suku kaum Bajau-Sama di Pantai Barat Sabah

Kasim Md Mansur and Rozilee Asid and Mohd Safri Saiman (2021) Pengetahuan dan kesedaran menunaikan Zakat: tinjauan awal di kalangan suku kaum Bajau-Sama di Pantai Barat Sabah. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 2. pp. 89-118. ISSN 2735-1890 (P-ISSN) , 2716-6643 (E-ISSN)

[img] Text
Pengetahuan dan kesedaran menunaikan zaka_ tinjauan awal di kalangan suku kaum bajau-sama di pantai barat sabah_ABSTRAK.pdf

Download (60kB)
[img] Text
Pengetahuan Dan Kesedaran Menunaikan Zakat Tinjauan Awal Di Kalangan Suku Kaum Bajau-Sama Di Pantai Barat Sabah.pdf
Restricted to Registered users only

Download (653kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini adalah tinjauan terhadap aspek pengetahuan dan kesedaran menunaikan kewajiban berzakat di kalangan suku kaum Bajau-Sama di kawasan Pantai Barat, negeri Sabah. Empat Kawasan yang terlibat ialah Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan papar melibatkan 324 responden. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kutipan data primer manakala bagi sumber sekunder data yang diperolehi adalah melalui rujukan ke perpustakaan dengan melihat hasil kajian-kajian lepas mengenai zakat dari segenap aspek. Hukum-hukum mengenai zakat dan kepentingannya adalah diambil berdasarkan kepada sumber utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Memandangkan kajian ini merupakan tinjauan awal, maka analisa deskriptif dilaksanakan dalam membincangkan hasil dapatan kajian ini bagi memberikan justifikasi terhadap tanggapan bahawa kutipan zakat di negeri Sabah adalah kurang memuaskan. Dapatan tinjauan mendapati secara keseluruhannya tahap pemahaman responden tentang zakat secara adalah rendah, manakala pemahaman tentang zakat fitrah pula adalah pada tahap yang tinggi. Isu utama dalam kajian ini mendapati responden tidak pasti jenis zakat yang perlu ditunaikan. Manakala sebahagian besar tidak memahami peranan institusi yang bertanggungjawab tentang zakat seperti Pusat Zakat Sabah dan Baitul Mal.

Item Type: Article
Keyword: Zakat , Bajau-Sama , Asnaf , Sabah , Majlis Agama Islam Sabah , MUIS
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP174-190 The practice of Islam > BP176-181 The five duties of a Moslem. Pillars of Islam
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 24 Jan 2022 09:19
Last Modified: 24 Jan 2022 09:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31636

Actions (login required)

View Item View Item