Keyakinan memuat naik gambar selfie dan krisis identiti diri

Fattin Navilla Abdul Ghani and Murnizam Halik and Razima Hanim Osman (2016) Keyakinan memuat naik gambar selfie dan krisis identiti diri.

[img] Text
Keyakinan memuat naik gambar selfie dan krisis identiti diri-ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
KEYAKINAN MEMUAT NAIK GAMBAR SELFIE DAN KRISIS IDENTITI DIRI.pdf
Restricted to Registered users only

Download (437kB) | Request a copy

Abstract

Salah satu kes di Rusia iaitu seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia setelah terjatuh dari tingkat sembilan semasa merakam selfie. Di Malaysia juga tidak terkecuali seperti kes sekumpulan remaja merakam selfie di suspender jambatan tanpa sebarang tali keselamatan di Jambatan Putrajaya. Harian Metro mengeluarkan kenyataan iaitu selfie dikaitkan dengan tahap keyakinan yang tinggi dalam sosial media. Namun begitu, kajian lepas tidak menyokong kenyataan tersebut kerana sebilangan besar hasil dapatan kajian mendapati individu yang mempunyai tahap penghargaan kendiri yang rendah lebih cenderung menggunakan sosial media. Tambahan pula golongan yang kerap kali dikaitkan dengan aktiviti selfie adalah peringkat remaja iaitu dalam perkembangan psikologi golongan berkenaan masih dalam fasa pembentukan identiti. Oleh itu, objektif kajian adalah untuk mengenalpasti perkaitan di antara memuat naik selfie terhadap penghargaan kendiri dan krisis identiti diri. Responden yang terlibat adalah remaja merangkumi yang masih melanjutkan pengajian dan yang telah bekerja termasuk penganggur serta pengguna aktif aplikasi Instagram. Analisis yang digunakan adalah analisis kolerasi. Jangkaan kajian adalah kekerapan memuat naik selfie mempunyai perkaitan yang signifikan dengan penghargaan kendiri serta tinggi skor krisis identiti diri menunjukkan bahawa selfie patut dikurangkan agar tidak menjejaskan perkembangan psikologi remaja serta berlakunya kecurian identiti digital pada masa hadapan.

Item Type: Proceedings
Keyword: Selfie , Penghargaan kendiri , Krisis identiti diri , Remaja
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1-2044 The Family. Marriage. Women > HQ503-1064 The family. Marriage. Home > HQ793-799.2 Youth. Adolescents. Teenagers
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Feb 2022 08:30
Last Modified: 24 Feb 2022 08:30
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31721

Actions (login required)

View Item View Item