Laporan etnografi komuniti penanam rumpai laut Islam : Antara budaya dan pengamalan agama ketika menyambut Maulidur Rasul Pulau Selakan, Semporna

Nurul Auni and Ahmad Tarmizi Abdul Rahman and Mohd Dahlan A. Malek (2016) Laporan etnografi komuniti penanam rumpai laut Islam : Antara budaya dan pengamalan agama ketika menyambut Maulidur Rasul Pulau Selakan, Semporna.

[img] Text
Laporan etnografi komuniti penanam rumpai laut Islam, Antara budaya dan pengamalan agama ketika menyambut Maulidur Rasul Pulau Selakan, Semporna-ABSTRACT.pdf

Download (60kB)
[img] Text
LAPORAN ETNOGRAFI KOMUNITI PEN ANAM RUMPAI LAUT ISLAM , ANTARA BUDAYA DAN PENGAMALAN AGAMA KETIKA MENYAMBUT MAULIDUR RASUL PULAU SELAKAN, SEMPORNA.pdf
Restricted to Registered users only

Download (855kB) | Request a copy

Abstract

Daerah Semporna salah satu daerah di Sabah yang sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulau dan didiami oleh masyarakatnya yang kaya dengan adat dan budaya. Kehidupan komuniti penanam rumpai laut yang mendiami kawasan kepulauan di perairan Laut Sulu di Semporna ini juga sangat menarik untuk diterokai dan didokumentasikan dalam kajian kehidupan sesebuah masyarakat. Komuniti penanam rumpai laut di Pulau Selakan ini berbangsa Bajau Semporna dan beragama Islam. Salah satu dari aktiviti tahunan yang disambut oleh komuniti ini secara besar-besaran mengikut kepercayaan dan adat bangsa mereka adalah sambutan Maulidur Rasul. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka dengan lebih mendalam budaya dan tingkah laku komuniti penanam rumpai laut Islam di Pulau Selakan, Semporna, Sabah ketika menyambut Majlis Maulidur Rasul. Selain itu, penyelidik juga ingin mengetahui bagaimana pengamalan agama dan budaya dalam mempengaruhi tingkahlaku mereka. Kajian ini dijalankan secara etnografi dengan mengunakan kaedah temubual berstruktur, temubual tidak berstruktur, pemerhatian turut serta di lapangan. Teknik ini digunakan kerana kesesuaiannya dalam mengumpul data menyeluruh mengenai budaya dan tingkahlaku dalam sesebuah masyarakat atau komuniti. Hasil kajian ini telah memberi gambaran secara teliti proses yang berlaku di sepanjang aktiviti tersebut berjalan. Selain itu juga, penelitian menunjukkan adat dan budaya komuniti ini berasimilasi dengan pengamalan agama yang melingkari tingkahlaku mereka.

Item Type: Proceedings
Keyword: Penanam rumpai laut , Budaya , Tingkahlaku , Maulidur Rasul , Etnografi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT51-65 Human settlements. Communities
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Feb 2022 08:34
Last Modified: 24 Feb 2022 08:34
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31724

Actions (login required)

View Item View Item