Penghasilan cokolat berinti aloe vera dan kelapa parut

Yeoh, Rosalind Hui Ling (2006) Penghasilan cokolat berinti aloe vera dan kelapa parut. School of Food Science and Nutrition. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000206.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk menghasilkan produk baru cokolat aloe vera dan kelapa parut. Kajian awal melibatkan penghasilan 18 formulasi inti cokolat dengan pengubahsuaian dilakukan terhadap peratusan bahan-bahan mentah yang digunakan. Pengubahsuaian ini melibatkan 50.0%, 60.0% dan 70.0% aloe vera, 10.0%, 15.0% dan 20.0% kelapa parut serta 5.0% dan 10.0% gula. Ujian pemeringkatan dijalankan di mana 3 formulasi terbaik dipilih daripada 18 formulasi tersebut. Formulasi 1 dengan kandungan 50.0% aloe vera, 10.0% kelapa parut, 5.0% gula dan 35.0% air telah dipilih sebagai formulasi terbaik melalui ujian skala hedonik. Analisis proksimat bagi sampel cokolat berinti aloe vera dan kelapa parut menunjukkan ia mengandungi 10.46 ± 0.50% kandungan lembapan, 33.12 ± 1.14% lemak, 0.77 ± 0.71% protein, 1.79 ± 0.40% abu, 1.14 ± 0.91% serabut kasar dan 52.72% karbohidrat. Ujian mutu simpanan turut dijalankan untuk menentukan perubahan cokolat pada suhu peti sejuk (10 ± 3°C) sepanjang tempoh penyimpanan. Kandungan lembapan, takat lebur, kandungan asid lemak bebas bagi sam pel cokolat yang disimpan pada suhu peti sejuk (10 ± 3°C) mengalami peningkatan sepanjang tempoh penyimpanan dengan nilai akhir masing-masing ialah 10.43 ± 0.02%, 32.8 ± 0.3°C dan 1.21 ± 0.04%. Keputusan ujian mikrobiologi yang menggunakan kaedah kiraan plat jumlah dan kaedah kiraan yis dan kulat menunjukkan sampel cokolat adalah selamat dimakan setelah disimpan selama lapan minggu. Melalui kajian pengguna, didapati bahawa cokolat aloe vera dan kelapa parut dapat diterima oleh pengguna. Sebanyak 59% pengguna mengatakan bahawa mereka akan membeli cokolat berinti aloe vera dan kelapa parut sekiranya dipasarkan di pasaran.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chocolate, Aloe Vera, Coconut
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 05 Aug 2011 16:04
Last Modified: 19 Oct 2017 13:35
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3188

Actions (login required)

View Item View Item