Midpoint dan kepentingannya dalam pembentukan naratif filem: Analisis terhadap filem Malaysia terpilih

Zairul Anuar Md. Dawam and M. Fazmi Hisham and Rosli Sareya (2021) Midpoint dan kepentingannya dalam pembentukan naratif filem: Analisis terhadap filem Malaysia terpilih.

[img] Text
Midpoint dan kepentingannya dalam pembentukan naratif filem, Analisis terhadap filem Malaysia terpilih.ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Midpoint dan Kepentingannya dalam Pembentukan Naratif Filem.pdf
Restricted to Registered users only

Download (352kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini menganalisis kepentingan titik plot atau beat midpoint (titik pertengahan) dalam pembentukan naratif sesebuah filem. Analisis titik plot midpoint ini dilakukan kerana dalam struktur plot tiga babak, pada babak 2, midpoint merupakan aspek pembentukan naratif yang paling mencabar (Snyder 2005; Schidmt; 2005; Bell, 2011). Ia merupakan titik plot penting yang membawa kepada perubahan sesebuah cerita. Tujuan titik plot midpoint adalah menarik minat audiens menonton filem sehingga ke penamat cerita. Akhirnya selepas menonton audiens merasakan bahawa filem itu mempunyai naratif atau penceritaan yang baik. Analisis midpoint ini menggunakan pendekatan struktur tiga babak Blake Snyder (2005) yang mengandungi titik plot yang dikenali sebagai 15 beats iaitu opening image, theme stated, set up, catalyst, debate dan break into two, B story, fun & games, midpoint, the bad guys close in, all is lost, dark night of the soul dan break into act three, finale dan final image. Analisis midpoint telah dilakukan terhadap empat buah filem terpilih iaitu filem Lari (2013), Polis Evo (2015), Munafik (2016) dan Suatu Ketika (2019). Pemilihan sampel dilakukan berdasarkan rekod kutipan box-office di pawagam. Analisis mendapati tanpa mengira genre filem, elemen pada titik pertengahan memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah cerita memberi kesan keterujaan kepada audiens untuk menonton. Analisis juga mendapati bahawa selepas midpoint atau titik pertengahan, terdapat penulis skrip atau pengarah filem gagal memastikan pembinaan konflik dan cabaran watak secara berterusan. Ini menyebabkan elemen keterujaan, debaran dan kejutan tidak wujud. Akhirnya menyebabkan klimaks dan penamat sesebuah cerita menjadi kurang menarik dan tidak memberi kesan emosi kepada audiens.

Item Type: Proceedings
Keyword: Midpoint , Struktur plot , Genre , Flem dan box-office
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Mar 2022 15:47
Last Modified: 18 Mar 2022 15:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31944

Actions (login required)

View Item View Item