Azizah Ibrahim and Humin Jusilin and Surayah Bungsu (2021) Penggunaan simbol budaya dalam catan oleh dua pelukis negeri Kedah.
Text
Penggunaan simbol budaya dalam catan oleh dua pelukis negeri Kedah.ABSTRACT.pdf Download (81kB) |
|
Text
Penggunaan Simbol Budaya dalam Catan oleh Dua Pelukis Negeri Kedah.pdf Restricted to Registered users only Download (529kB) | Request a copy |
Abstract
Konsep budaya yang diutarakan dalam Krober and Kluchohn merujuk kepada kewujudan dua kategori dalam konsep budaya iaitu, kategori realistik dan kategori idealistik. Kaedah kajian realistik lazimnya menggunakan pendekatan pemerhatian, manakala kaedah idealistik. pula mengutamakan penganalisisan yang bersifat jitu (M.S.Garbarino, 1977:49). Kajian secara realistik dan idealistik di ketengahkan ini adalah menjelaskan konsep budaya berkaitan seni catan yang dihasilkan oleh dua orang pelukis di Negeri Kedah. Kajian ini dapat menjelaskan lebih dalam berkaitan simbol budaya dalam olahan catan pelukis dari segi subjek, tema, bentuk dan makna. Seterusnya kajian ini mengetahui bagaimana pengaruh simbol budaya dalam catan dapat menjelaskan budaya yang diwarisi secara turun-temurun. Data-data kajian yang bersifat kualitatif diperolehi di lapangan melalui penerokaan, kaedah temu bual, pemerhatian dan audio visual. Manakala analisis data dalam penyelidikan ini menggunakan Teori Ikonografi yang dikemukakan oleh Erwin Panofsky 1939. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai simbol budaya yang terdapat pada catan yang dihasilkan. Justeru itu, pelukis negeri Kedah yang dikaji berjaya menampilkan unsur budaya melalui olahan karya catan yang memberi penjelasan tentang nilai budaya masyarakat setempat.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Simbol budaya , Catan , Tema , Bentuk dan makna |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements N Fine Arts > ND Painting > ND25-3416 Painting |
Department: | FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 18 Mar 2022 15:52 |
Last Modified: | 18 Mar 2022 15:52 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31947 |
Actions (login required)
View Item |