Kaedah alternatif penghasilan video animasi dalam sesi e-pembelajaran semasa pandemik Covid-19

Imelda Ann Achin and Addley Bromeo Bianus (2021) Kaedah alternatif penghasilan video animasi dalam sesi e-pembelajaran semasa pandemik Covid-19.

[img] Text
Kaedah alternatif penghasilan video animasi dalam sesi e-pembelajaran semasa pandemik Covid-19.ABSTRACT.pdf

Download (61kB)
[img] Text
Kaedah Alternatif Penghasilan Video Animasi dalam Sesi E-Pembelajaran Semasa Pandemik Covid-19.pdf
Restricted to Registered users only

Download (924kB) | Request a copy

Abstract

Pandemik Covid-19 membawa perubahan besar kepada semua sistem organisasi seluruh dunia termasuklah bidang pendidikan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran telah beralih kepada pembelajaran secara atas talian atau e-pembelajaran. Norma baharu ini telah membawa kepada kerisauan di kalangan pendidik dan ibu bapa sekiranya perubahan ini memberi impak negatif di kalangan para pelajar dalam meneruskan sesi pembelajaran mereka. Bertitik tolak daripada ini,kajian ini memfokuskan kaedah alternatif sesi e-pembelajaran untuk membantu para pelajar mengatasi realiti semasa dan meluahkan perasaan dan pemikiran kreatif berkaitan pandemik COVID-19 melalui penghasilan video animasi. Kajian ini menggunakan kerangka dan model ADDIE (Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian). Hasil kajian ini mendapati proses pembelajaran berupaya dilaksanakan secara realistik melalui perkembangan progresif pelajar sepanjang pembikinan video animasi walaupun dijalankan secara maya. Malahan, para pelajar lebih tertarik dengan topik yang berkaitan situasi semasa berdasarkan hasil karya akhir animasi mereka kerana mereka boleh mengekspresi serta meningkatkan kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif.

Item Type: Proceedings
Keyword: Kaedah alternatif , Pembikinan video animasi , E-Pembelajaran , Pandemik Covid-19 , Pendekatan kreatif
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education
T Technology > TR Photography > TR1-1050 Photography > TR845-899 Cinematography. Motion pictures
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Mar 2022 16:44
Last Modified: 18 Mar 2022 16:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31964

Actions (login required)

View Item View Item