Analisis faktor terpenting yang mempengaruhi corak hubungan Malaysia-Australia era Mahathir Mohamad, 1981–2003

Rizal Zamani Idris and Asmady Idris (2021) Analisis faktor terpenting yang mempengaruhi corak hubungan Malaysia-Australia era Mahathir Mohamad, 1981–2003. Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities, 28. pp. 53-78. ISSN 1394-9330 (P-ISSN) , 2180-4257 (E-ISSN)

[img] Text
Analisis faktor terpenting yang mempengaruhi corak hubungan Malaysia-Australia era Mahathir Mohamad, 1981–2003_ABSTRACT.pdf

Download (64kB)
[img] Text
Analisis faktor terpenting yang mempengaruhi corak hubungan Malaysia-Australia era Mahathir Mohamad, 1981–2003.pdf
Restricted to Registered users only

Download (521kB) | Request a copy

Abstract

Hubungan diplomatik Malaysia-Australia telah terjalin seawal 1955 apabila pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia ditubuhkan di Kuala Lumpur dan dimeterai secara rasmi apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kedua-dua negara ini telah bekerjasama dalam pelbagai bidang seperti pertahanan, pendidikan, perdagangan dan lain-lain. Malah, Australia menganggap Malaysia sebagai sekutu paling rapat di rantau ini. Sungguhpun begitu, hubungan ini mula berubah apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981–2003). Hubungan bilateral Malaysia-Australia telah diuji dengan beberapa isu kontroversi. Isu-isu tersebut telah mempengaruhi hubungan Malaysia dan Australia namun tidaklah menjejaskan hubungan dua hala secara keseluruhannya. Kajian ini menganalisis faktor terpenting yang telah mempengaruhi corak dan karakter hubungan Malaysia dan Australia era Mahathir. Faktor terpenting ini dibahagikan kepada dua: faktor “pengeruh” (souring factor) dan faktor “pengukuh” (enduring factor). Metodologi kajian adalah berdasarkan gabungan perbincangan menggunakan teori English School, pemerolehan data secara analisis dokumen dan temu bual. Pada akhir kajian ini, penulis mendapati bahawa corak hubungan Malaysia dan Australia pada era Mahathir dapat difahami dan dijelaskan dengan baik melalui perspektif yang diutarakan oleh teori English School. Oleh yang demikian, hal inilah yang menjadi sumbangan utama makalah ini dalam kajian hubungan Malaysia-Australia di bawah kepimpinan Mahathir.

Item Type: Article
Keyword: Malaysia , Australia , Mahathir , Faktor pengeruh , Faktor pengukuh , Hubungan diplomatik
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements
J Political Science > JC Political theory > JC11-605 Political theory. The state. Theories of the state > JC319-323 Political geography
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 21 Mar 2022 14:09
Last Modified: 21 Mar 2022 14:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31977

Actions (login required)

View Item View Item