Impak pengajaran dan bimbingan guru Pendidikan Islam terhadap motivasi dan pembelajaran terarah kendiri pelajar

Muhamad Suhaimi Taat and Mohd Yusof Abdullah and UNSPECIFIED (2014) Impak pengajaran dan bimbingan guru Pendidikan Islam terhadap motivasi dan pembelajaran terarah kendiri pelajar. Jurnal Pemikir Pendidikan, 5. pp. 1-17. ISSN 1985-3637

[img] Text
Impak pengajaran dan bimbingan guru Pendidikan Islam terhadap motivasi dan pembelajaran terarah kendiri pelajar_ABSTRACT.pdf

Download (63kB)
[img] Text
Impak pengajaran dan bimbingan guru Pendidikan Islam terhadap motivasi dan pembelajaran terarah kendiri pelajar.pdf
Restricted to Registered users only

Download (324kB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh variabel proses pengajaran dan bimbingan guru Pendidikan Islam terhadap motivasi dan pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar sekolah menengah di negeri Sabah, Malaysia. Di samping itu juga kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan pengaruh variabel-variabel eksogenus terhadap variabel endogenus kajian berdasarkan lokasi (bandar dan luar bandar). Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan, melibatkan seramai 407 orang pelajar dari kawasan bandar (205 orang) dan luar bandar (202 orang). Kajian ini merujuk kepada Model Keupayaan Belajar Sendiri (Borkowski & Dukewich, 1996) sebagai model asas kerangka kajian ini. Data kajian dianalisis menggunakan analisis laluan (path analisis/SEM) dengan perisian AMOS Versi 4. Dapatan utama kajian menunjukkan proses pengajaran dan bimbingan guru mempengaruhi motivasi dan pembelajaran terarah kendiri (PTK) secara signifikan. Namun terdapat perbezaan pengaruh variabel-variabel tersebut berdasarkan lokasi. Analisis laluan model persamaan struktur (SEM) juga menunjukkan data yang digunakan dalam kajian ini mempunyai penyesuaian munasabah bagi model regresi yang dicadangkan. Justeru membuktikan ketiga-tiga variabel bebas tersebut mempunyai hubungan secara langsung dan tidak langsung dengan variabel bersandar kajian iaitu pembelajaran terarah kendiri (PTK). Diharapkan kajian ini akan dapat memberikan input berguna bagi penambahbaikan sistem pendidikan kebangsaan.

Item Type: Article
Keyword: Guru , Pendidikan islam , Pembelajaran terarah kendiri , PTK
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 29 Mar 2022 15:28
Last Modified: 29 Mar 2022 15:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32070

Actions (login required)

View Item View Item