Penyalahgunaan ketum dalam kalangan remaja felda: Satu kajian di Perlis

Noor Aizidawanie Tahir and Noor Hassline Mohamed and Norsimah Dasan (2021) Penyalahgunaan ketum dalam kalangan remaja felda: Satu kajian di Perlis. Southeast Asia Psychology Journal, 9. pp. 38-57. ISSN 2289-1870

[img] Text
Penyalahgunaan ketum dalam kalangan remaja felda_ Satu kajian di Perlis_ABSTRACT.pdf

Download (59kB)
[img] Text
Penyalahgunaan ketum dalam kalangan remaja felda_ Satu kajian di Perlis.pdf
Restricted to Registered users only

Download (388kB) | Request a copy

Abstract

Penyalahgunaan ketum bukanlah suatu isu yang baharu dalam masyarakat kita pada hari ini. Di media-media massa banyak memaparkan berita-berita berkenaan dengan penyalahgunaan ketum. Apa yang membimbangkan, isu ini juga melibatkan golongan remaja yang merupakan pelapis pada pembangunan negara pada masa hadapan. Jadi, kajian ini bertujuan untuk meneroka penyalahgunaan ketum dalam kalangan remaja Felda. Seramai 5 orang individu yang terdiri daripada remaja Felda telah dijadikan sebagai subjek dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan temubual semi struktur bertujuan meneroka secara mendalam mengenai faktor-faktor penglibatan remaja Felda dalam penyalahgunaan ketum dan juga mengkaji tren penyalahgunaan ketum dalam kalangan remaja Felda. Teori Pembelajaran Sosial dan juga Teori Ekologi digunakan oleh pengkaji sebagai kerangka memahami faktor-faktor penyalahgunaan ketum dan juga tren penggunaan air ketum dalam kalangan remaja Felda. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi remaja Felda dalam terlibat dengan penyalahgunaan ketum. Antaranya ialah rakan sebaya, sikap ingin mencuba, kesihatan dan ingin mendapatkan kekuatan fizikal. Manakala tren yang dikenalpasti adalah dari cara pengambilan, kelompok rakan sebaya dan juga persekitaran. Jadi, berdasarkan dapatan yang diperolehi, isu penyalahgunaan ketum ini perlu dihat secara serius agar masa hadapan golongan belia Felda lebih terjamin pada masa hadapan dalam meneruskan legasi pembangunan Felda.

Item Type: Article
Keyword: Ketum , Felda , Teori pembelajaran sosial , Teori ekologi , Faktor-faktor , Tren
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV1-9960 Social pathology. Social and public welfare. Criminology > HV5800-5840 Drug habits. Drug abuse
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SAFRUDIN BIN DARUN -
Date Deposited: 01 Apr 2022 16:51
Last Modified: 01 Apr 2022 16:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32197

Actions (login required)

View Item View Item