Tahap Kesedaran Dan Pembudayaan Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Kota Kinabalu, Sabah

Abdul Hair Beddu Asis and Syamsul Azizul Marinsah and Habibah @ Artini binti Ramlie (2021) Tahap Kesedaran Dan Pembudayaan Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Kota Kinabalu, Sabah. MANU, 32. pp. 73-88. ISSN 2590-4086

[img] Text
Tahap Kesedaran Dan Pembudayaan Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Kota Kinabalu, Sabah.pdf

Download (37kB)
[img] Text
Tahap Kesedaran Dan Pembudayaan Alam Sekitar Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Kota Kinabalu, Sabah1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (416kB)

Abstract

Isu alam sekitar telah menjadi ancaman yang sangat berbahaya kepada manusia. Kebergantungan manusia terhadap elemen alam sekitar memaksa manusia untuk masuk ke dalam sistem alam sekitar yang sangat terbatas. Cara terbaik untuk menjaga hubungan baik terhadap alam sekitar adalah melalui pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar agar sentiasa lestari. Hal ini tentu sekali bermula daripada titik awal iaitu pendidikan. Pelbagai usaha menerapkan pendidikan alam sekitar ke dalam sistem kurikulum sekolah namun kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Oleh hal yang demikian, kajian terhadap kesedaran dan amalan pendidikan berunsur alam sekitar dijalankan. Selain itu, hubungan antara kesedaran dan pembentukan amalan pendidikan alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Kota Kinabalu turut dikenal pasti. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diedarkan di sepuluh buah sekolah terpilih dengan jumlah responden seramai 500 orang dan analisis data dilakukan secara analisis deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan hubungan antara kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dengan amalan pembudayaan amalan pendidikan alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu, Sabah adalah tidak signifikan.

Item Type: Article
Keyword: Kefahaman alam sekitar , Pembudayaan alam sekitar , Pendidikan alam sekitar dan pembangunan lestari
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > TD1-1066 Environmental technology. Sanitary engineering > TD169-171.8 Environmental protection
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 04 Apr 2022 07:51
Last Modified: 04 Apr 2022 07:51
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32215

Actions (login required)

View Item View Item